Monday, April 25, 2011

pulut kuning ganti kek???

Minggu lepas saya dapat tempahan pulut kuning untuk satu majlis harijadi. Dalam pada menempah tu, tuan yang menempah siap berpesan...siap hias ye kak, coz kitorang nak potong sekali. Kali ni xnak makan kek...aduyai...memanglah sebelum nie ada yang menempah pulut kuning tapi tanpa hiasan. Untuk dibuat main dish terus bersama lauk pauk yang lain. Puas laa pulak mencari telur burung puyuh ngan tomato kecik untuk dibuat hiasan tapi seperti biasa...apa yang dicari itulah yang susah nak dapat especially bila dapat tempahan last minute macam nie...

Namun untuk tidak menghampakan...dengan bahan untuk hiasan yang sangat limited...terhasil laa jugak kek pulut kuning yang rupanya x seberapa nih. Terserlah keamaturannya...hehehe.

Dah laa tu, terover excited sampai lupa nak amik gambar lauk-pauknya sekali. Takpe...janji sedap...




p/s : nabila...terima kasih atas tempahan ye...lain kali tempah laa lagi...

vade oh vade

Assalam...

Kalau nak diikutkan, vade@vadeh@bade nih sebenarnya makanan@kuih tradisi masyarakat India tapi dah diterima ramai (cam kuih 1 malaysia laa plak) disebabkan oleh kesedapannya terutama sekali jika dimakan panas2 diwaktu2 hujan sebegini...hmmmm...sedap sungguh :). Rasanya yang agak rangup + sedikit pedas  membuatkan anak2 saya pun sukakan kuih nie...

So bagi yang nak mencuba, meh kita tengok resepi di bawah :

BAHAN-BAHANNYA :

1 kg kacang dal - direndam semalaman dan dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
sedikit jintan manis - dikisar
sdikit daun kari - dihiris halus
beberapa tangkai cili kering - dihiris halus
segenggam udang kering
1 cawan tepung gandum
garam secukup rasa



CARA MEMBUATNYA :

1. Gaulkan semua bahan di atas sehingga sebati.
2. Bentukkan adunan sehingga menjadi agak bulat (jangan terlalu tebal, nanti tak rangup)
3. Goreng dengan minyak yang agak banyak sehingga kekuningan/ garing.
4. Sedia untuk dihidangkan...:)

Jadi, inilah hasilnya...selamat mencuba!



Monday, April 18, 2011

Cheese Tart For Cheeze Lover!!!

Berita baik buat penggemar cheese tart di sekitar Lembah Klang!!!

Kini anda boleh menempah cheese tart kegemaran anda dengan 4 jenis perisa : blueberry, strawberry, kiwi & lemon. Dengan size mini tartlet yang comel (4.5 cm) dan rasanya yang marbeles, ianya sesuai dijadikan minum petang atau majlis-majlis seperti birthday, gathering, house warming or even untuk buat hantaran perkahwinan/ pertunangan pun okey. Pendek kata boleh dibawa ke tepi ke tengah. Ekekeke. Kelazatan dan kerangupannya adalah dijamin puas hati ...:)

Harga         : RM 40/box/50 pcs
Tempahan  : @ least 3 hari sebelum pickup date
Berminat    : Sila hubungi/ SMS 012-203 8424. Penghantaran boleh dibuat bagi pesanan 2 kotak dan ke atas di sekitar Shah Alam/ Bukit Jelutong/ Subang. Caj penghantaran RM 5.00.
Bayaran     : Bank-in ke akaun Maybank. Maklumat lanjut akan saya beri selepas pesanan.


4 jenis filling - blueberry/ strawberry/ kiwi/ lemon

Wednesday, April 13, 2011

Salam Pengenalan

As-salam dan salam pengenalan buat semua...

Dah terlalu lama rasanya hajat di hati nak create blog berkaitan dunia masakan, dunia kecintaan saya sejak sekian lama. Saya akui, saya bukanlah pakar masakan ataupun pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang maskan tapi itulah...bila dah jatuh cinta tu macam-macam boleh jadi. Bak kata orang lautan api sangggup kurenangi...heheheh. Cinta punya pasal utara selatan, timur dan barat pun sanggup cari kelas utk belajar bab-bab ilmu masakan ni.

Harap dengan adanya diari dapur fyza ni dapatlah kita berkongsi ilmu-ilmu berkaitan masakan ni dan disamping itu kalau ada sesiapa yang berminat nak mengorder kuih-muih tradisional @ moden di sekitar Lembah Klang, adalah sangat-sangat dialu-alukan...:).

Oh ya, tak lupa juga buat kawan-kawan yang ingin menambahkan pendapatan sampingan tapi tak tahu caranya, mungkin blog ini dapat membantu anda.

So, let's keep in touch ya....