Sunday, October 28, 2012

Kepak Ayam Panggang Madu

Salam ceria di hari minggu!

Hari raya Aidiladha 2 hari lepas memang meriah buat kami sekeluarga. Biarpun hanya beraya di Shah Alam, tetapi memandangkan semua adik beradik dapat berkumpul, jadi memang huru-hara jadinya suasana. Selain dari menu biasa hari raya, sebelah petangnya kami berkumpul untuk buat barbecue pulak. Menu untuk bbq kali ini ~ kepak ayam panggang rempah, kambing panggang rempah, hotdog dan menu special - kepak ayam panggang madu.

Malam sebelumnya saya dah menggodek-godek dalam Google nak cari resepi, tapi tak ada pulak yang memenuhi piawaian mahupun match dengan bahan-bahan yang sediada kat rumah. Memandangkan dah malas nak keluar semula ke kedai untuk cari bahan tambahan, maka terhasillah resepi kat bawah nie. Walaupun sekadar resepi ikut sedap tekak, namun hasilnya marvellous you! Hehehe...bukan saya yang cakap yer, tapi en. hubby yang beria-ria cakap sedap. Kira sedap laa tu kan...:)

Bahan-bahannya :

1 1/2 kg kepak ayam
5 ulas bawang putih
5 cm halia
3 sudu besar sos tiram
3 susu besar kicap masin
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh jus lemon
100ml madu (lebih banyak lebih sedap)
sedikit lada sulah
3 biji asam boi merah

Cara-caranya :

1. Basuh kepak ayam dengan tepung. Bilas dan toskan.
2. Kisar halus bawang putih dan halia. Masukkan ke dalam bekas ayam bersama bahan lain. Gaul sebati.
3. Masukkan asam boi (hehe...ni petua spontan untuk cantikkan warna ayam).
4. Perap semalaman sebelum bakar/ panggang.

Kepak ayam selepas di perap
~ lebih lama masa perap, lagi sedap tau!

Kepak ayam madu ketika dipanggang
~ maaf ye..gambar kelabu sket akibat dari gangguan asap
Close-up sket ~ kasi korang terliur...hehe :p

Tapi malangnya gambar ayam atas pinggan tak sempat nak snap, sebab masing-masing dah tak tahan godaan...haha

Wednesday, October 17, 2012

Kulit Tart (Tart Shell Pastry) Ready Made

Kan ke lebih mudah bila anda nk buat cheese tart yang super sedap dengan kulitnya (tart shell pastry) yang crunchy bila dah ada ready made @ ready-to use tart shell? Anda cuma perlu isi filling ikut kegemaran sendiri...dan juga boleh buat macam-macam jenis tart...chocolate tart, cheese tart, fruit tart...

Ringkas dan menjinatkan masa...!

Cuma RM 30/ box/ 100pcs! Berbaloi-baloi...

Hubungi saya untuk tempahan. Penghantaran boleh diuruskan mengikut kesesuaian masa :)

Kulit Tart
 Ready-to-use

Resepi Muffin Lobak Merah (Carrot Muffin)

Salam buat semua dan kali ni saya nak berkongsi resepi resepi muffin lobak merah atau secara omputihnya Carrot Muffin. Mari kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya :

Bahan-bahannya :

200gram butter
200gram gula aising
5 biji telur
400gram tepung kek -diayak
10gram baking powder- diayak
120gram carrot - diparut
120ml susu UHT
70gram kacang walnut
60 gram kismis
Paper cup - takde stok kat rumah jadi saya gunakan cup untuk cupcake

Caranya :

1. Putar butter dan gula aising hingga kembang dengan kelajuan sederhana.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga sebati (tapi jangan terlalu lama).
3. Masukkan bahan yang telah diayak secara berselang seli dengan susu - kacau dengan perlahan sehingga sebati dengan menggunakan spatula sahaja.
4. Masukkan carrot yang telah diparut sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
5. Masukkan walnut dan kismis . Kacau sebentar sahaja.
6. Masukkan adunan ke dalam acuan kertas kira-kira 3/4 penuh. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak. Suhu bergantung kepada ketuhar - diantara 170-180 darjah.


Carrot Muffin
Dah rupa cupcake kan? hehe..

Optional :
Boleh juga diletakkan topping aising jika mahu. Tapi kalau saya, saya suka gunakan topping cream cheese.

Carta Penukaran Sukatan (Measurement Conversion Charts)



Sukatan bagi bahan cecair

Krim UHT/ Susu Segar/ Minyak Sayuran

1 tsp   = 5g @ 5ml
1 tbsp = 15g @ 15ml
1 cup  = 225g @ 16 tbsp @ 8 oz

Sukatan bagi bahan solid

Mentega / Margerin

1 tsp   = 5g @ 5ml
1 tbsp = 15g @ 15ml
1 cup  = 225g @ 16 tbsp @ 8 oz


Lain-lain Sukatan

Gula Pasir/ Gula Merah
1 cup = 185g

Gula Aising
1 cup = 130g

Tepung
1 cup = 125g

Tepung Jagung
1 tbsp = 13g

Susu Serbuk/ Serbuk Koko/ Coklat Hancur (Crushed Choc)
1 tbsp = 7g

Yis Kering
1 tsp = 3g

Garam/ Serbuk Penaik
1 tsp = 5g

Cream of Tartar
1 tsp = 4g

Selamat Menyukat :)

Thursday, October 11, 2012

Mee Rebus Sempoi

Salam buat semua pembaca yang dikasihi...

Amacam tajuk resepi kali ni? Sempoi tak? Hihi...memandangkan resepi ni terhasil secara spontan ketika dah tak ada idea nak masak apa dan badan pun macam tak larat nak tunggu kat dapur lama-lama...maka terhasillah resepi ni. Walaupun sempoi...tapi tetap sedap dan menyelerakan. Buktinya...anak-anak kat rumah ni bertambah makan sampai 2-3 pinggan :)

Meh kita tinjau resepinya :

Bahan Kisar :

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3cm halia
sedikit lengkuas
segenggam udang geragau (nak masuk udang kering pun boleh)
1 biji buah keras

Caranya :
Kisar semua bahan di atas sehingga halus.

Bahan Kuah :

3-5 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari
300 gram daging - dipotong kecil dan direbus terlebih dahulu hingga lembut (air rebusan dimasukkan semual ke dalam kuah mee)
100 gram udang basah
2 biji ubi kentang - rebus dan kisar (ubi keledek pn boleh tapi saya ada ubi kentang je kat rumah..hihi)
1/2 sudu teh paste asam jawa (saya guna paste asam jawa Adabi)
1 1/2 liter air

Caranya:

1. Tumis semua bahan kisar hingga wangi dan agak garing. Masukkan rempah kari dan cili kisar.
2. Setelah semua bahan agak garing, masukkan air. Masukkan sekali ubi kentang tadi dan asam jawa.
3. Masukkan daging dan udang tadi. Setelah masak, masukkan garam dan bahan perasa secukup rasa.

Haa...mudahkan? Oppsss...tapi jangan lupa bahan untuk mee. Karang ada yang hirup kuah jer :-p. So kat bawah ni bahan untuk mee :

1 bungkus mee - dicelur

Bahan Hiasan :
Telur rebus
Bawang goreng
Daun Sup/ Bawang
Taugeh - dicelur
Sawi - dicelur

Selamat mencuba!!!

Mee Rebus Sempoi
p/s : sila abaikan kondisi pinggan tu yer...hihi