As salam,
Kali ni saya nak berkongsi resepi tart shell @ kulit tart. Cakap pasal tart shell nie, mmg ada byk version @ method yang boleh digunakan tapi resepi yang saya nk kongsi ni shellnya mmg rangup dan dan x mendap/ turun selepas di bakar. Meh kita belek resepinya....
200gm Tepung Gandum
50gm Gula Aising
130gm Butter
1 tbsp Susu Segar
Caranya :
1. Campurkan semua bahan.
2. Uli hingga menjadi doh (sebaiknya guna tangan sahaja).
3. Simpan sebentar adunan di dalam peti sejuk untuk menjadikannya lebih rangup (lebih kurang 15 minit).
3. Terap adunan ke dalam acuan tart.
4. Bakar pada suhu 180c selama 20 minit.
p/s : Adunan ni boleh menghasilkan sehingga 50 biji ++ sekiranya menggunakan acuan tart mini (4.5cm)
Thursday, December 29, 2011
Thursday, December 15, 2011
Hilangkan Pahit Peria
Peria secara umumnya kurang digemari ramai seperti sayuran lain kerana rasanya yang agak pahit terutama sekali peria yg dipanggil peria katak. Tapi bagi yang mengetahui khasiat peria ni memang tak ada masalah untuk memakannya....bak kata orang 'pahit pun pahitlah janji boleh jadi ubat'...hehe.
Peria biasanya sedap sekiranya digoreng dengan cili tapi akan jadi lebiih sedap sekiranya digoreng celup tepung dan kemudiannya dicicah dengan sos semasa masih panas. Yummy!
Walaubagaimanapun, pahit peria boleh dikurangkan dengan merendam peria di dalam air campuran garam selama setengah jam selepas dipotong. Ataupun bagi sesetengah masakan yang tidak memerlukan peria dipotong kecil, peria tersebut boleh dikelar dengan garpu terlebih dahulu sebelum di rendam di dalam air garam.
Selamat Mencuba!

Wednesday, December 14, 2011
Tempahan Kuih Cara Berlauk
As salam...
Lambat sgt nak update blog, sampaikan customer dah upate dulu...haha...x malu sungguh :). thanks liza dari http://lizjournal-lizstudio.blogspot.com/2011/12/untuk-tetamu-kuih-cara.html di atas review yang diberikan. Walaupun Liza order last minute, nasib baik dapat disiapkan memandanggkan saya tak ada sebarang program pada pagi hari tu. Kalau ada pun sebelah petang...nak start marathon utk kuih talam. Insya Allah, kadangkala saya ambil juga tempahan last minute ni. Tak sampai hati nak menghampakan permintaan customer...
Inilah kuih cara yg di pesan oleh Liza.
Saya extrakan adunan memandangkan ada special customer kat rumah dh request 'ibu...cili xmo arr...tp daging nak lebih..'. Hmmm....

Kuih Talam Series
~ Serimuka Bakar Berlauk ~ |
Seperti yg dijanjikan, sy uploadkan gambar-gambar kuih talam series yg boleh di dapati di DapurFyza. Kesemua kuih talam bersaiz 10"x10" dan dapat menghasilkan 64 potongan/ loyang. Harga bermula dari RM 30/ loyang. Berbaloi-baloi...:)
~ Bingka Ubi ~ |
~ Bingka Beras ~ |
~ Koleh Kacang ~ |
~ Serimuka Jagung ~ |
~ Serimuka Pandan ~ |
~ Serimuka Pulut Hitam ~ |
~ Talam Cendol ~ |
~ Talam Keladi ~ |
~ Talam Labu ~ |
~ Lapis Merah Putih ~ |
~ Lapis Pandan ~ |
~ Talam Suji ~ |
~ Talam Tokyo ~ |
~ Talam Ubi ~ |
Tepung Talam aka Talam Beras |
Thursday, December 8, 2011
Birthday Cupcakes
As salam,
Tempahan cupcakes ni sy terima sebulan lebih awal dari tarikh pickup. Cupcakes ni ditempah oleh Fathehah utk celebrate harijadi kawan baiknya. Terima kasih Fathehah. Bagus betul dapat customer camni, awal2 lagi dh booking kek. So takdelah masalah takut bertembung dengan tempahan lain. Tema kek ~ free theme janji nak color purple ngan pink...

Monday, November 14, 2011
Alternatif Doorgift utk Majlis - Kuih Talam in Cup
Salam...
Jika sebelum ini secara kebiasaannya kalau ada sebarang majlis keraian spt majlis cukur jambul dan kenduri doa selamat, doorgift yg jadi pilihan adalah kek ataupun bunga telur. Tapi kini anda ada alternatif lain iaitu kuih talam in da cup!!!
Bukan hanya kerana rasanya yg diminati ramai...tetapi ianya juga cukup 'presentable' dan menarik untuk dijadikan cenderahati kepada para tetamu. Bergantung kpd jenis kuih talam yg anda minati, sila hubungi sy utk dptkan harga ye...:)

~ Talam Ubi Kayu ~ |
~ Talam Cendol ~ |
~ Talam Suji ~ |
~ Variety Talam in Cups ~ |
Promosi Terkini
Salam....
Promosi terkini dari DapurFyza....
Kombo A : Cheese tart (any flavor) + Cheese cake / carrot cheese (350g) CUMA RM 47 (harga asal RM 56)
Kombo B : 2 box Cheese tart (any flavor) CUMA RM 68 (harga asal RM 80)
Kombo C : 2 box Cheese cake (350g) + 1 box Carrot cheese (350g) CUMA RM 40 (harga asal RM 48)
Cepat..promosi sah sehingga 25/11/2011
Promosi terkini dari DapurFyza....
Kombo A : Cheese tart (any flavor) + Cheese cake / carrot cheese (350g) CUMA RM 47 (harga asal RM 56)
Kombo C : 2 box Cheese cake (350g) + 1 box Carrot cheese (350g) CUMA RM 40 (harga asal RM 48)
Cepat..promosi sah sehingga 25/11/2011
~ Cheese cake ~ |
~ Carrot cheese ~ |
~ Cheese Tart ~ |
Thursday, October 27, 2011
Kuih Talam Part 1
As salam dan selamat bertemu kembali...
Rindu sangat rasanya nak menulis di blog ni tapi itulah...kekangan masa ditambah dengan vitamin M yg semakin membiak kebelakangan ini membuatkan takde post terbaru dari saya. Masih aktif di dapur sebenarnya (dan sudah semestinya laa kan) cuma x menyempat-nyempat nak update. Untuk post kali ini saya nak update pasal kuih talam.
Saya sebenarnya dah lama sangat x ambil sebarang tempahan untuk kuih talam nie. Nak buat camana, request utk kuih frozen, katering dan kuih-kuih moden lebih banyak saya terima kebelakangan nie. Disebabkan dah terlampau lama x ambil sebarangan tempahan, tahap kekonfidenan nak amik tempahan tu pun agak kureng sket. Dan bagi memastikan tempahan saya selepas ni superb dan xde masalah, saya pun mencari kelas-kelas membuat kuih talam untuk polish balik skill lama tuh...hehehe...
Google punya google...jumpa laa satu kelas membuat kuih talam nih. Kelas kendalian Chef June nie mmg best...dia mmg peramah dan x kedekut ilmu. Nak2 pulak kelas dia dekat jer dengan rumah...mmg terbaek laa kan. Kuih2 talam dia pun mmg best. Dan sudah semestinya balik jer dari kelas terus buat balik semua kuih yg dah belajar tu utk polish balik skill yg dah tenggelam timbul tu. Hasilnya...alhamdulillah tidak mengecewakan. Nampaknya dah boleh ambil balik tempahan kuih talam lepas nie :)
Dan dalam pada dok 'menerai' test buat kuih2 tu semua...ada jugak order yg terselit nakkan talam cendol & cheese tart. Terima kasih buat tuan yg mengorder tu ekk...
Meh kita layan gambar....
~ Talam Serimuka Durian ~ yang nie mmg da best & menjadi pojaan ramai... |
~ Koleh Kacang ~ lupa plak nak snap gambar lps kuar loyang...huhu |
~ Talam Ubi Kayu ~ |
~ Talam Cendol ~ yang nie dh ada tuan yg mengorder...hehe |
Talam cendol yang dah siap sedia untuk di buat delivery... |
Wednesday, October 19, 2011
Cara Berlauk
As salam,
Ntah kenapa satu hari tu tetiba jer rasa cam nak makan kuih cara berlauk. Pagi tu selesai jer hantar tempahan kt area Shah Alam, terus je stereng kereta melenncong ke arah Pasar Seksyen 6...dengan harapan dapat laa makan kuih yang diidam2kan tu. Tapi memandangkan waktu sampai tu pun dah dekat jam 11 pagi...memang tinggal bekas kuih jelah jawabnya...huhu...
Tapi memandangkan mood pun tengah rajin, balik rumah je terus kuselongkar peti besi resepi cari resepi kuih cara berlauk. Tak sesusah mana pun nak membuatnya, yang penting vitamin M kena buang jauh2. Hehehe...
Bahan-bahan :
Bahan A
200ml santan pekat
200ml air
4 biji telur (saiz B)
150gm tepung gandum
1/2 tsp pewarna kuning
garam secukup rasa
Untuk Inti :
Bahan B
200gm daging kisar (boleh digantikan dgn daging burger jika suka)
1 tbsp rempah kari daging
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia
sedikit lada sulah
garam secukup rasa
Cara-caranya :
Campurkan kesemua bahan A di atas dan kemuadiannya dikisar menggunakan blender. Tapiskan adunan.
Untuk inti, tumiskan bawang merah, bawang putih & halia sehingga agak garing. Masukkan rempah dan kacau sehingga naik bau sebelum masukkan daging, garam & lada sulah.
Panaskan acuan dan sapukan sedikit minyak pada acuan. Tuang bahan A sehingga 3/4 acuan dan masukkan iinti. Hiaskan dengan hirisan cili merah dan daun saderi (sup). Tutup acuan dan tunggu sehingga masak. Gunakan api yang kecil sahaja.
Selamat mencuba!!!

Friday, October 14, 2011
Baking Project!!!
As salam dan selamat bertemu kembali....
Lama sungguh rasanya saya tidak mengupdatekan blog ini dek kekangan masa dan beberapa urusan lain yang tidak dapat dielakkan. Jangan risau...DapurFyza masih beroperasi seperti biasa cuma tiada latest update :). Di dalam celah2 kesibukan masih sempat lagi buat baking project resepi baru dengan sepupu merangkap sifu ~ Na Byla...hehehe. Akhirnya setelah sekian lama asyik bertangguh...
Memandangkan esoknya ada juga tempahan dari x-officemate, so kira sekali harung jelah baking project aritu. Dari pukul 3 petang sampailah ke tengah malam...akhirnya siap juga 5 jenis resepi termasuk order. Alhamdulillah...semuanya menjadi kecuali part apam polka dot @ ladybird...rasa memang marbeles...lembut & gebu tapi sayangnya akibat "terlalu ganas" angkat loyang masa nak mengukus....semua bentuk drawing dah lari. So kesimpulannya....xde laa gambar apam tu kali nie coz malu punya pasal. Next time kita wat lagi..
Ini je gambar2 yang sempat di snap memandangkan mmasing2 dah x larat nk buka mata. Enjoice...

~ Triffle ~ |
~ Kek Karemel ~ |
~ Cantikkan corak kek nie bila dh di potong... ~ |
~ Cheese Pudding with Oreo ~ |
Hot Sale ~ Cheese Tart |
Wednesday, September 14, 2011
Salam Aidilfitri
Salam Aidilfitri buat semua ...rasanya masih belum terlambat utk saya wish meskipun hari ni dh masuk hari raya ke-15...hehehe. Bermula dari pertengahan ramadhan sehingga ke pertengahan syawal...alhamdulillah rezeki tempahan untuk saya masih tidak putus2. Bukanlah bermaksud mendabik dada dgn tempahan yg diterima tapi memandangkan saya menerima tempahan secara "one man show"...tanpa ada pembantu (kecuali 2-3 org pembantu "kenit" secara sukarela...haha) sy jd x menang tgn. Jadi kepada sesiapa yg sy terpaksa tolak tempahan last minute mereka secara baik...harap maaf byk2 ye. Bkn apa...sy tak mahu kualiti tempahan lain terjejas dek kerana ketamakkan sy menerima tempahan...
Tapi jgn risau...tempahan telah dibuka semula seperti biasa. Walaubagaimanapun...beberapa produk telah kembali ke harga asal memandangkan kebanyakan harga produk adalah dijual mengikut harga promosi pembukaan dan pengenalan yg mana sah sehingga 31/08/2011 sahaja. Tapi anda x perlu risau kerana kami akan tetap memastikan kualiti dan mutu produk kami masih ditahap yg boleh dipercayai dan memuaskan hati kerana itu janji kami di DapurFyza....harga setanding rasa...
Jumpa lagi...

Wednesday, July 27, 2011
Tempahan Juadah Sempena Hari Raya Kini Dibuka!!!
Serikan hidangan hari raya anda tahun ini dengan mini cheese tart yang pastinya mampu membuatkan tetamu anda terpesona dengan rasa dan keenakannya. Berikan kelainan pada hidangan hari raya anda selain daripada biskut-biskut raya yang menjadi kebiasaan setiap kali musim raya dengan menghidangkan sesuatu yang unik, lain drp yang lain dan sudah pastinya hanya yang terbaik .
Untuk makluman para pelanggan kami yang budiman, tempahan kek dan cheese tart sempena hari raya kini dibuka sehingga 7 Ogos 2011. Kepada yang ingin menempah, sila hubungi saya secepat mungkin memandangkan tarikh tempahan adalah bergantung kepada jumlah tempahan yang diterima. Perkhidmatan penghantaran disediakan di sekitar Lembah Klang dgn kos penghantaran yang minima.

Variety Cheese Tart Flavor ~ Blueberry ~ Strawberry ~ Kiwi ~ Lemon |
Cheese Tart in box ~ RM 35/ box/ 50 pcs |
Choc Moist Cake with Twin Choc Chips |
Promotion for Hari Raya!!! Available in 2 sizes ~ 1/2 kg ~ only RM 12.00 ~ 1 kg ~ only RM 25.00 |
Cheese Cake Also available in 2 sizes ~ special pack 350g ~ only RM 15.00 ~ 1 kg ~ only RM 45.00 |