Monday, February 25, 2013

Roti John Home Made Special

As salam buat semua pembaca dan semoga dirahmati olehNya sentiasa di hari Jumaat yang mulia ini...

Mesti ramai yang tertunggu-tunggu entri ni kan? Sepatutnya saya buat entri awal minggu lepas tetapi memandangkan masa yang ada teramatlah terhad...makanya baru hari saya dapat menulis entri ini.

Idea untuk buat Roti John ni datang tiba-tiba bila lalu kat rak roti kat kedai runcit. Masa tu kepala tengah ligat berfikir apa nak buat untuk breakfast anak-anak nak ke sekolah tapi akhirnya jadi dinner pulak...hihi. Tapi cukup mengenyangkan walaupun hanya seorang sebiji je...lagipun mana boleh makan malam banyak-banyak nanti gumok :)

Saya suka gunakan roti frankfurter @ hotdog Gardenia sebab ianya lembut dan tidak terlalu tebal. Lagipun dalam pack tu ada 6 biji roti...ngam-ngam untuk family kami yang berlima ni walaupun ada belen sebiji. Sebab kebanyakan roti hotdog yang dijual bagi saya terlalu banyak...tak habis di buat untuk sekali makan.

Ok..ini resepi yang dijanjikan :

1 bungkus     Roti Frankfurter Gardenia (nak guna jenis lain pun boleh)
6 biji             Telur (saya gunakan gred B)
6 biji             Cendawan Butang - di cincang kasar
100g            Daging Cincang
1 ulas           Bawang Merah (dimayang halus - untuk menumis)
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Sedikit serbuk perasa (saya gunakan Pasti Sedap Knorr)
Sedikit mentega/ margerin

Untuk hiasan

Timun - di hiris nipis
Carrot - disagat
Sos cili
Sos lada hitam
Mayonis

Cara-caranya :

1. Tumis bawang merah sehingga garing. Masukkan daging cincang. Goreng daging sehingga masak/ agak garing. Setelah masak, angkat dan toskan minyak.

Daging cincang dah hampir masak

2. Potong roti kepada 2 bahagian tapi jangan sampai putus.

3. Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk. Masukkan 1/3 dari daging cincang tadi dan 1/3 cendawan butang yang telah dicincang kasar. Masukkan sedikit serbuk perasa, garam dan lada sulah. Kacau sebati.



4. Panaskan kuali leper dan letakkan sedikit mentega/ margerin. Bila agak panas tuangkan adunan tadi ke atas kuali. Ok...kat sini ada thrill sikit. Sewaktu menuang tu pastikan saiz adunan yang di tuang itu ngam-ngam dengan saiz 2 biji roti yang telah dipotong tadi.



5. Telangkupkan roti (bahagian dalam) ke atas adunan tadi dengan cepat supaya adunan dapat melekat pada roti. Jangan sampai adunan masak atau kering. Kalau belum terer...sila gunakan api yang kecil ye. Nanti tak pasal-pasal makan roti telur/ benjo pulak karang...haha :p

6. Bila dah agak garing, angkat roti dan letakkan timun dan carrot yang telah disagat tadi. Tambahkan sos cili, sos lada hitam dan mayonis. Tadaaaa... dh siap.



Jom makan roti john :)

Thursday, February 14, 2013

Tips Strawberi Tahan Lebih Lama

As salam...

Baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel berkaitan buah strawberi. Saya pasti ramai diantara kita di luar sana (termasuk juga saya...hihi) ingin mencari solusi bagi permasalahan ini. Seperti yang kita sedia maklum, buah strawberi ini biasanya tidak boleh bertahan lama...cuma lebih kurang empat hari di dalam peti sejuk biasa.

Namun berdasarkan artikel yang saya baca ini mencadangkan cara penyimpanan yang berbeza. Bagaimana caranya ya? Ok..mula-mula sekali susun buah strawberi secara berasingan (tidak bertindih atau bersentuhan diantara satu sama lain) di dalam tempat pembeku atau freezer sehingga beku. 

Kemudian, setelah ianya membeku, keluarkan buah strawberi tersebut dan jirus dengan air biasa/ paip. Masukkan buah strawberi tersebut ke dalam plastik dan bekukannya semula di tempat pembeku. Insya Allah buah strawberi tersebut mampu bertahan selama 1 bulan. 

Nampak sedap je kan dessert dalam gambar ni kan? xpe...next time kita try ye :)

Walaupun ianya mungkin kurang sesuai untuk dijadikan juadah yang memerlukan buah-buahan segar seperti fruit tart, namun ianya amat sesuai untuk dijadikan jus strawberi. Sekurang-kurangnya tidaklah ianya terbuang begitu sahaja. Lagipun harganya pula boleh tahan mahalnya. Lainlah jika anda tinggal di tempat sejuk seperti di Cameron Highland, tak gitu? :)

Custard Trifle

As salam semua,

Kalau sampai hujung mingggu, mesti pening kepala sebab tak tahu nak buat apa untuk minum petang kan? Apa kata kali ni kita cuba buat custard trifle pulak. Untuk trifle ini saya gunakan base butter cake yang dimarblekan supaya nampak lebih cantik. Untuk resepi butter cake bleh tengok entri sebelum ini.

Saranan saya, kalau boleh gunakan loyang yang agak besar supaya lapisan kek lebih nipis ataupun belah je kek tu menjadi 2 bahagian sebab ketinggian yang diperlukan untuk base kek hanyalah sekitar 1 inci.

Ok...jom mulakan buat trifle ni :


Custard Trifle

Bahan-bahannya :

1 tin        Fruit Cocktail (boleh juga digantikan dengan buah-buahan tin yang lain seperti peach dan nenas)
2 cup      Susu Cair
2 cup      Air
1 cup      Gula Kastor
4 tbsp    Tepung Kastad
1/2 tsp   Garam
1/2 tsp   Esen Vanila

Cara-caranya :

1. Sediakan base trifle dengan menggunakan buttter cake dengan ketinggian lebih kurang 1 inci.
2. Masak semua bahan di atas dengan api perlahan sehingga pekat. Pastihan ianya sentiasa dikacau untuk mengelakkan adunan berketul (gunakan hand whisk jika perlu)
3. Sapukan sirup dalam fruit cocktail dipermukaan kek sehingga agak lembab.
4. Bila adunan telah pekat, tuangkan ke atas kek yang telah lembab tadi.
5. Taburkan fruit cocktail ke atas adunan mengikut citarasa.
6. Sejukkan sebelum dimakan.

Selamat menerai :)

Tuesday, February 12, 2013

Colorful Tart Shell

As salam semua...

Khas buat peminat tart...kini kami tampilkan ready made colorful tart shell. Dengan warna yang sangat menarik, ianya sangat sesuai untuk dijadikan hantaran dan mampu menarik minat kanak-kanak.

Cuma RM32/ box/ 100 pcs untuk saiz mini 4.5cm. Tempahan awal amat diperlukan :)

 

Resepi Cream Puff

As salam semua...

Masih dalam mood nak berkongsi resepi...hehe. Kali ini nak kongsi resepi cream puff pulak. Jom tinjau resepi :

Cream Puff (Choux Pastry)

Bahan-bahannya :

200ml   Air
90gm    Mentega
4tsp      Gula Kastor
125gm  Tepung Superfine
4 biji     Telur (gred B)

Cara-caranya :

1. Didihkan air dan mentega di dalam periuk hingga mula berbuih. Ketepikan.

2. Masukkan tepung dan kacau. Letakkan semula periuk atas api kecil dan kacau sehingga adunan tidak melekat pada dinding periuk.


3. Tutupkan api dan biarkan sehingga agak sejuk.

4. Masukkan telur dan kacau sebati (gunakan hand mixer).

5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan mengikut saiz yang dikehendaki ke atas kertas minyak yang telah diletakkan di dalam dulang (sekiranya taiada kertas minyak, lengserkan sedikit minyak masak pada dulang untuk elakkan dari melekat).

6. Spray sedikit adunan dengan air sebelum dibakar.

7. Bakar pada suhu 200'C selama 15 minit dan turunkan suhu ke 180'C. Bakar lagi sehingga keperangan.

8. Setelah pastry masak, keluarkan dari oven dan buat lubang kecil pada bahagian bawah dengan cepat untuk mengelakkan pastry menjadi lembik (atau boleh juga belah pastry separuh, jangan sampai putus).

Cream Custard

Bahan-bahannya :

2tbsp       Tepung Superfine
2tbsp       Tepung Kastad
8tbsp       Gula Kastor
2 cup       Susu Segar
2 biji        Telur @ 4 biji kuning telur
2tbsp       Mentega

Cara-caranya :

1. Campurkan tepung superfine, tepung kastad dan gula kastor ke dalam periuk.

2. Masukkan 4tbsp susu segar dan kacau sebati. Masukkan telur dan kacau lagi.

3. Masukkan baki susu segar dan kacau hingga sebati.

4. Panaskan adunan di atas api yang sederhana sehingga pekat. Kacau dengan menggunakan hand whisker.


5. Bila sudah pekat, angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau hingga rata.

6. Bila agak sejuk, masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam pastry puff tadi.


7. Ayakkan snow powder @ gula aising ke atas cream puff (jika suka). Snow powder tahan lebih lama dipermukaan cream puff berbanding gula aising. Tapi sekiranya tiada, boleh juga gunakan gula aising.

Inilah hasilnya...gebus x? :)
Macam biasa...bagi yang x berapa rajin nak ke dapur tu boleh tempah jer kat saya.
Harga cuma RM25 per box per min 25 pcs (min order 2 box)

Resepi Butter Cake

As salam buat semua pembaca budiman,

Sudah terlalu lama rasanya saya tidak menulis sebarang entri di blog ini. Maafkan saya...tahap kesihatan saya yang kurang memuaskan membuatkan saya terpaksa menyepikan diri seketika dari mengemaskini blog kesayangan saya ini.

Keadaan kesihatan saya juga membuatkan saya terpaksa mengurangkan bilangan tempahan yang biasa saya terima. Walaubagaimanapun, saya masih mengambil sebarang tempahan seperti biasa cumanya saya cuba elakkan banyak tempahan pada hari yang sama. Jadi pada yang berminat untuk membuat tempahan, sila maklumkan lebih awal ye...

Namun, bagi memulakan entri pada bulan ini, saya nak berkongsi resepi pure butter cake...yang mana resepi ini pada saya memang sedap kerana ianya menggunakan pure butter dan bukannya butter biasa. Resepi ini saya dapat ketika mengikuti kursus kek dan bakeri beberapa tahun lepas. Chef yang mengajar pun saya sudah lupa namanya. Sekiranya penyumbang resepi asal kek ini ada terbaca blog ini, minta halalkan ye.

Resepi ini saya gunakan untuk sebarang tempahan butter cake, samada plain (vanilla, chocolate atau marble) atau kek untuk majlis khas seperti kek harijadi. Mari kita tengok resepi dan bahan-bahannya :



Pure Butter Cake

Bahan-bahannya :

500gm    Butter (SCS adalah yang terbaik tapi boleh juga gunakan Tatura)
400gm    Gula Kastor
8 biji       Telur (Gred B)
400gm    Tepung Rose (Merah)*
20gm      Baking Powder*
30gm      Susu Tepung (full cream)
2tsp        Esen Vanila

Cara-caranya :

1. Ayak adunan bertanda *.
2. Pukul buttter sebentar kemudian masukkan gula. Pukul sehingga gula cair dan adunan kembang (gunakan gear 2).
3. Tambahkan esen vanila ke dalam telur. Masukkan telur satu demi satu dan pukul hingga kembang.
4. Masukkan adunan yang telah di ayak tadi bbersama susu tepung sedikit demi sedikit. Pukul sehingga sebati.
5. Griskan loyang (boleh gunakan loyang 8x8 atau 9x9) dengan shortening dan lapik dengan kertas minyak.
6. Bakar kek pada suhu 180'C sampai masak.

Selamat mencuba! Tapi kalau agak-agak kurang rajin tu, boleh tempah je kat saya ;)

Butter Cake Version Marble
Kek ni saya jual dengan harga RM 30 sekilogram (saiz 8x8)