As salam...
Memandangkan bulan Ramadhan sudah hampir tiba dan kebanyakan syarikat sudah mula mencari sebutharga untuk pemberian kurma untuk korporat (dates corporate gift), di bawah ini saya updatekan sebahagian dari contoh pembungkusan/ packaging untuk kurma bagi tahun ini. Ini hanyalah merupakan sebahagian dari sample dan sebutharga adalah berdasarkan kepada jenis pembungkusan dan jenis kurma yang dipilih serta budget tuan/ puan sendiri.
Sample pembungkusan di bawah adalah bermula dari RM 15 dan ke atas.
Untuk maklumat lanjut dan sebutharga penuh, boleh hubungi saya di talian 012-203 8424.
Thursday, April 25, 2013
Monday, April 22, 2013
Tempahan Kek Hari Jadi
As salam...
Tempahan kek hari jadi dari salah seorang regular customer saya...Kak Kamariah dari Bukit Jelutong...2 biji kek sekaligus. Satu cheese cake untuk anak dan satu lagi butter peach untuk cucu. Baguskan kak Kamariah ni? Terima kasih kak atas tempahan dan feedback yang diberikan...

Cheese cake untuk birthday anak yang ke 15 tahun |
Butter peach untuk cucu yang pertama |
Wednesday, April 3, 2013
Cruchy Tart Shell @ Kulit Tart Rangup Part 2
As salam...
Baru-baru ini saya sempat menghadiri kelas demo tart di 2 Ply Klang. Resepi yang digunakan untuk membuat tart shell atau kulit tat agak berlainan dari resepi yang biasa saya gunakan sebelum ini. Walaubagaimanapun, kulit tart ini masih lagi rangup seperti resepi sebelum ini, cumanya ianya lebih mudah kerana menggunakan mixer berbanding resepi sebelum ini yang menguli sepenuhnya dengan menggunakan tangan.
Resepinya jom kita tengok di bawah :
250gm Butter
125gm Gula Aising
1 biji Telur
400gm Tepung Kek
Cara-caranya :
1. Masukkan butter dan gula aising ke dalam bekas. Putar sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan putar lagi sehingga sebati (jangan terlalu lama).
3. Masukkan tepung dan putar sebati.
4. Terap adunan ke dalam acuan tart.
5. Bakar selama 15 minit pada suhu 170C.
Nanti kepada sesiapa yang sudah mencuba kedua-dua versi resepi ni boleh kongsikan komen di bawah ye :)