Monday, January 20, 2014
Chocolate Swiss Roll with Cream Cheese Filling
As salam semua,
Kali ini saya nak berkongsi resepi Chocolate Swiss Roll. Untuk swiss roll ini saya menggunakan cream cheese sebagai filling bagi menggantikan butter cream atau fresh cream yang biasa digunakan. Rasanya tentulah lebih sedap...cream cheeselah katakan tapi kekuranganya, ianya tidak boleh diletakkan pada suhu bilik bagi tempoh yang agak lama.
Bahan A
250gm Telur (anggaran 5 biji telur gred B)
107gm Gula kastor
12gm Ovallete
5gm Esen vanila
Bahan B
92gm Tepung kek/ superfine
5gm Baking powder
3gm Baking soda
Bahan C
42gm Air
Bahan D
48gm Butter (dicairkan)
20gm Serbuk koko
Filling
125gm Cream cheese
60gm Susu pekat
75gm Fresh cream
Cara-caranya :
1. Pukul bahan A sehingga warna bertukar menjadi pucat. Masukkan esen vanila.
2. Masukkan bahan B dan pukul lagi sehingga adunan menjadi pekat dan gebu.
3. Masukkan bahan C dan D dan gaulkan dengan spatula sehingga adunan sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 14" x 14" yang telah dilapik dengan kertas minyak. Lebihkan kertas dibahagian tepi loyang bagi memudahkan kek dikeluarkan nanti.
5. Bakar pada suhu 180'C selama 15-20 minit.
6. Untuk filling, pukul cream cheese dahulu sehingga agak lembut. Masukkan susu pekat.
7. Di dalam bekas lain, pukul fresh cream sehingga soft peak. Campurkan dengan adunan cream cheese tadi dan gaul sebati.
8. Sejukkan kek pada suhu bilik sebelum meletakkan filling. Gulung dengan cermat dan biarkan set dahulu di dalam chiller sebelum dipotong.
Selamat mencuba!
Friday, January 10, 2014
Terkini Minggu Ini
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Produk terbaru kami minggu ini amat sesuai dijadikan hidangan untuk minum petang ataupun hidangan di sebarang jenis majlis kerana ianya kering dan mudah dihidangkan.
Juga sesuai dijadikan doorgift majlis kerana ianya tahan lama, tidak seperti kek-kek biasa biarpun tanpa sebarang bahan pengawet.
Congo bars - bars seperti brownies (macam adik beradik jugak laa ;)) tapi menggunakan gula perang, mentega dan chocolate button sebagai bahan utama. Rasanya agak chewy dan seakan-akan cookies serta mempunyai gabungan rasa walnut didalamnya. N/P : cuma RM75 per tray (84 pieces)
Produk ini juga boleh diposkan sehingga ke depan pintu rumah anda, walau dimana sahaja anda berada!

Congo Bars in Paper Cup |
Congo Bars in Action |
Tempahan Kek Pertunangan
Assalamualaikum semua,
Memandangkan ini entri pertama bagi tahun 2014, jadi rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat tahun baru buat semua pembaca.
Semoga tahun ini menjadi tahun yang dipenuhi dengan limpahan rezeki dan kejayaan buat kita semua. Amiin.
Ini adalah tempahan kek pertunangan dari ex-officemate, Laila yang telah melangsungkan pertunangannya pada minggu lepas.
Buttercake yang dihiasi dengan rosette buttercream, bertemakan warna putih. Untuk Laila, selamat bertunang ye dik :)

Subscribe to:
Posts (Atom)