Sunday, October 19, 2014

Lagi Pilihan Kek dari Dapurfyza

As salam dan selamat sejahtera,

Disebabkan ramai pelanggan yang asyik bertanya apa lagi kek yang saya buat, di sini saya kemaskinikan antara kek yang selalu ditempah pelanggan dan juga kek-kek yang lain.

Yang mana tidak terdapat dalam senarai kek yang anda kehendaki, boleh request dengan harapan saya boleh buat kek tu...hahaha

Kek-kek ini bukan sahaja untuk majlis harijadi, tetapi juga untuk pelbagai majlis seperti pertunangan dan perkahwinan mahupun untuk majlis-majlis di pejabat seperti majlis perpisahan dan majlis mesyuarat.

Kek lain yang saya pernah update sebelum ni seperti biasa, masih dikekalkan cuma dari segi harga kena semak dangan saya semula almaklum barang-barang kek sekarang ni naik mencanak-canak.

Maafkan saya ye, bukan saya sesuka hati hendak menaikkan harga produk tapi saya terpaksa demi untuk cover cost saya yang terlibat. Tapi jangan takut, saya masih mengekalkan rasa dan kualiti kuih dan kek Dapur Fyza seperti yang anda semua ketahui selama ini. Harap memahami ye.

Chocolate Moist Cake

Sliced Rainbow Cake

Double Chocolate Indulgence

Blueberry Cheese Cake

Caramel Cake

Chocolate Moiat Cake

Pure Butter Cake

Cheese Cake
Snowy Peach Cake

Snowy Peach Cake
Mini Red Velvet Cake
Blueberry Cheese Cake

Pecan Butterscoth Cake
Fruit & Nuts Cake
Pure Buttercake with Special Buttercream
Japanese Cotton Cheese Cake
White Macadamia Cake
Walnut Caramel Cheesecake in Container
Hello Kitty Rainbow Cake
Special Rainbow Cake
Chocolate Caramel Cake
Rainbow Cake



Tuesday, October 14, 2014

Cerita Lawak Minggu Ini

Assalamualaikum dan apa khabar?

Hari ni saya nak lari tajuk sikit dari makan, makan dan makan. Walaupun masih dalam kategori makanan, tapi cerita ni bila diingat cukup untuk buat saya ketawa sendiri...

Beberapa hari lepas saya ke pasaraya dengan hajat nak membeli daun ketumbar. Kebiasaannya untuk kenalpasti daun ketumbar saya akan bau daun tersebut kerana bau daun ketumbar ni agak kuat berbanding daun sup.

Tapi nak dijadikan cerita kali itu saya dan ambil dan letak daun tu dah lebih 4 kali, tapi masih tak dapat nak kenalpasti daun apa. Hidung tersumbat agaknya masa tu..hihi

Kebetulan berdekatan situ ada seorang pekerja bangla tengah menyusun sayur. Saya pun dengan selamba badaknya tanya kat dia "hello, ni daun ketumbar ke daun bawang?" "Daun sup..."

Hahahaha....rupa-rupanya saya sendiri tersilap antara nak sebut daun sup dengan daun bawang. Malu weh...kat orang lelaki pulak tu. Bangla lagi. Rasa macam nak masuk kepala dalam baju....:p

So moral of the story, kalau kepala tengah tak berapa nak betul tu, tak payah la nak pegi shopping ke hape ke. Duduk je dendiam kat rumah. Jangan buat malu diri sendiri....malu woiiii

P/s : supaya korang tak jadi macam saya, jadi saya sertakan gambar daun-daun yang berkenaan ye

(Kredit gambar dari google)

Ni nama dia daun ketumbar
Ni pulak nama dia daun sup
Ini pulak daun bawang

Monday, October 13, 2014

Resepi Snow Cheesy Cake

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kali ni saya nak kongsikan resepi kek snow cheesy yang saya pernah belajar dari Chef Azli tak berapa lama dahulu.

Kek ni memang sedap, seakan-akan kek cheese leleh tapi bezanya kek ini lebih sesuai dibuat dalam bentuk wholecake sebab teksturnya lebih stabil berbanding kek cheese leleh yang lebih lembut.

Bagi saya sendiri, makan kek ini membuatkan saya addicted sebab memang cheezy habis. Jadi makanya saya pun malas nak buat lagi. Boleh gitu? Hahaha...

Bahan A

Kuning telur                 6 biji
Putih telur                     2 biji
Gula kastor                   100 gram
Ovallete                         12 gram

Bahan B

Tepung Hong Kong     130 gram (jangan risau kat Malaysia pun boleh dapat :p)
Baking powder             5 gram

Bahan C

Air sejuk                        70 gram (pastikan betul-betul sejuk ye)
Esen vanila                    1 tsp

Bahan D

Minyak jagung            75 gram


Cara-caranya :

1. Putar kuning telur, gula kastor dan ovallette sehingga kembang.
2. Masukkan putih telur dan putar sekejap sahaja.
3. Masukkan bahan B dan putar.
4. Masukkan bahan C dan putar.
5. Akhir sekali masukkan bahan D dan putar.
6. Bakar dengan menggunakan teknik water bath selama 40-45 minit dengan suhu diantara 160°c - 180°c (bergantung kepada jenis oven)
7. Keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk seketika.

Bahan topping@frosting

Cream cheese             250 gram
Susu pekat                   120 gram
Fresh cream                150 gram
Cheddar cheese          sagat sesedap rasa

Cara-caranya :

1. Pukul cream cheese dan susu pekat sehingga sebati.
2. Pukul fresh cream sehingga soft peak (tak perlu sampai bertanduk)
3. Masukkan fresh cream yang telah jadi soft peak tadi ke dalam adunan no 1.
4. Salutkan adunan ke seluruh kek.
5. Taburkan cheddar cheese yang telah di sagat sesuka hati.

Taraaaa....dah siap. Senang je kan. Kalau dah cuba nanti boleh bagi feedback kat sini nanti ya :)

P/s : kalau rajin nak buat layer macam kat dalam gambar, boleh je potong kek kepada beberapa lapisan dan sapu dengan frosting sebelum lapis dengan lapisan seterusnya.







Tempahan Muruku Deepavali

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tak lama lagi masyarakat India akan sambut Deepavali. Antara hidangan yang wajib ada seharusnya lah muruku kan.

Tapi memandangkan muruku ni dah jadi favourite semua kaum kat Malaysia ni, jadi tak kira kaum boleh dikatakan menggemari muruku ni.

Dan saya pun baru-baru ini dah siapkan tempahan muruku untuk lebih 100 pax, tempahan dari sebuah syarikat korporat. Muruku pilihan mereka ialah muruku special.

Haaa....kan saya dah cakap muruku tu memang special dan sedap. Disebabkan saya rasa macam nak baik hati, setiap tempahan yang saya terima saya akan hadiahkan sebungkus muruku special tu sebagai tester.



 


Muruku dan Kerepek Tak Kira Masa, Di Mana Jua

Assalamualaikum,

Hamboiii, terpanjang la pulak tajuk entri kali ini kan. Sebenarnya bukan apa, saja nak bagitahu yang kami turut membekalkan pelbagai jenis muruku dan kerepek tanpa mengira sebarang waktu, meskipun di luar musim perayaan.

Iyelah kan, biasanya orang beria nak makan muruku, kerepek bagai time-time nak raya tapi kali ini bila -bila masa sahaja anda boleh dapatkan semua ini apatah lagi kalau setakat nak buat kudapan depan tv ataupun nak hidangkan untuk tetamu yang datang secara suprise.

Muruku dan kerepek yang kami bekalkan ini memang 100% keluaran bumiputra yang bermutu tinggi dan perakui kebebersihannya. Dan the best part is harga yang kami tawarkan semestinya lebih rendah dari harga pasaran, tambahan pula kalau and ambil dalam kuantiti yang banyak. Haaa....best kan?

Jadi, mari kita rambangkan mata untuk tengok jenis-jenis muruku dan kerepek ni :)

Special Mix Muruku
- special macam namanya juga, memang sedap tak tipu ;)
Fine Mix Muruku
Small Mix Muruku
Big Mix Muruku
BBQ Flavour Muruku
Chicken Flavour Muruku
Pagoda Chip Muruku
Pagoda Dhall Muruku



Sunday, October 12, 2014

Walnut Chocolate Brownies Yang Ohsem

Assalamualaikum,

Kali ini saya nak memperkenalkan satu lagi produk yang mendapat permintaan hangat dari pelanggan-pelanggan saya. Sangat istimewa bagi penggemar coklat tegar.

Brownies yang diadun dengan coklat gelap dan kekacang walnuts, dibakar sehingga garing dipermukaannya namun tetap mengekalkan kelembutannya rasanya di dalam.

Brownies ini boleh tahan sehingga hampir 2 minggu pada suhu bilik dan tahan berbulan lamanya sekiranya disimpan di tempat sejukbeku di dalam petisejuk.

Oleh itu berita baiknya,brownies ini boleh dipos walau di mana sahaja anda berada. Bestkan?

Juga sangat sesuai dihidangkan di meja dessert mahupun dihidangkan ketika mesyuarat di pejabat kerana ianya sanga mudah dihidangkan dan tidak melekit.

Harga cuma RM80 per box untuk 84pcs brownies.
Saiz brownies yang telah dipotong
Brownies yang telah disusun ke dalam paper cup



Kotak pembungkusan brownies yang telah siap untuk dipos

Friday, October 3, 2014

Kuih Frozen Kembali Lagi

Assalamualaikum dan apa khabar?

Rasanya lama sungguh saya tak bersiaran kan? Bukannya apa, kebelakangan ini saya lebih banyak menumpukan promosi di Instagram berbanding di penulisan di blog dan fan page.

Sekali-sekali nak rasa jadi remaja kertu ;)

Bagi peminat kuih-kuih frozen, saya ada berita baik untuk anda semua. Kuih frozen kembali lagi!

Kini dengan lebih banyak pilihan kuih berbanding sebelum ini.

Bagi yang nak buat tempahan, tempahan boleh dibuat seperti kuih dan dessert yang lain iaitu dalam tempoh 2-3 hari sebelum tarikh anda nak ambil. Tapi boleh call saya dahulu, manalah tahu kalau bernasib baik memang ada ready stock masa tu kan. Jadi tak payah menunggu lama.

Tapi sekiranya saya tak dapat atau sempat angkat panggilan, mohon sangat-sangat untuk tinggalkan pesanan melalui sms@whatsapp ye. Sebab kadangkala time call masuk tu saya tengah main tepung, jadi tak dapat nak angkat call. Harap memahami ye.

Ok. Ni stock baru bagi kuih frozen yang ada. Insya Allahkalau ada masadan kelapangan, saya akan tambah lagi jenis-jenis kuih yang lain pula.

Karipap Frozen
(boleh didapati dengan inti kentang, ayam, daging dan sardin)
Popia Frozen dengan inti sayuran
Cucur Badak Frozen
Pulut Udang @ Pulut Panggang Frozen
Sardin Roll Frozen