Tuesday, February 12, 2013

Resepi Butter Cake

As salam buat semua pembaca budiman,

Sudah terlalu lama rasanya saya tidak menulis sebarang entri di blog ini. Maafkan saya...tahap kesihatan saya yang kurang memuaskan membuatkan saya terpaksa menyepikan diri seketika dari mengemaskini blog kesayangan saya ini.

Keadaan kesihatan saya juga membuatkan saya terpaksa mengurangkan bilangan tempahan yang biasa saya terima. Walaubagaimanapun, saya masih mengambil sebarang tempahan seperti biasa cumanya saya cuba elakkan banyak tempahan pada hari yang sama. Jadi pada yang berminat untuk membuat tempahan, sila maklumkan lebih awal ye...

Namun, bagi memulakan entri pada bulan ini, saya nak berkongsi resepi pure butter cake...yang mana resepi ini pada saya memang sedap kerana ianya menggunakan pure butter dan bukannya butter biasa. Resepi ini saya dapat ketika mengikuti kursus kek dan bakeri beberapa tahun lepas. Chef yang mengajar pun saya sudah lupa namanya. Sekiranya penyumbang resepi asal kek ini ada terbaca blog ini, minta halalkan ye.

Resepi ini saya gunakan untuk sebarang tempahan butter cake, samada plain (vanilla, chocolate atau marble) atau kek untuk majlis khas seperti kek harijadi. Mari kita tengok resepi dan bahan-bahannya :



Pure Butter Cake

Bahan-bahannya :

500gm    Butter (SCS adalah yang terbaik tapi boleh juga gunakan Tatura)
400gm    Gula Kastor
8 biji       Telur (Gred B)
400gm    Tepung Rose (Merah)*
20gm      Baking Powder*
30gm      Susu Tepung (full cream)
2tsp        Esen Vanila

Cara-caranya :

1. Ayak adunan bertanda *.
2. Pukul buttter sebentar kemudian masukkan gula. Pukul sehingga gula cair dan adunan kembang (gunakan gear 2).
3. Tambahkan esen vanila ke dalam telur. Masukkan telur satu demi satu dan pukul hingga kembang.
4. Masukkan adunan yang telah di ayak tadi bbersama susu tepung sedikit demi sedikit. Pukul sehingga sebati.
5. Griskan loyang (boleh gunakan loyang 8x8 atau 9x9) dengan shortening dan lapik dengan kertas minyak.
6. Bakar kek pada suhu 180'C sampai masak.

Selamat mencuba! Tapi kalau agak-agak kurang rajin tu, boleh tempah je kat saya ;)

Butter Cake Version Marble
Kek ni saya jual dengan harga RM 30 sekilogram (saiz 8x8)


No comments:

Post a Comment