Monday, February 25, 2013

Roti John Home Made Special

As salam buat semua pembaca dan semoga dirahmati olehNya sentiasa di hari Jumaat yang mulia ini...

Mesti ramai yang tertunggu-tunggu entri ni kan? Sepatutnya saya buat entri awal minggu lepas tetapi memandangkan masa yang ada teramatlah terhad...makanya baru hari saya dapat menulis entri ini.

Idea untuk buat Roti John ni datang tiba-tiba bila lalu kat rak roti kat kedai runcit. Masa tu kepala tengah ligat berfikir apa nak buat untuk breakfast anak-anak nak ke sekolah tapi akhirnya jadi dinner pulak...hihi. Tapi cukup mengenyangkan walaupun hanya seorang sebiji je...lagipun mana boleh makan malam banyak-banyak nanti gumok :)

Saya suka gunakan roti frankfurter @ hotdog Gardenia sebab ianya lembut dan tidak terlalu tebal. Lagipun dalam pack tu ada 6 biji roti...ngam-ngam untuk family kami yang berlima ni walaupun ada belen sebiji. Sebab kebanyakan roti hotdog yang dijual bagi saya terlalu banyak...tak habis di buat untuk sekali makan.

Ok..ini resepi yang dijanjikan :

1 bungkus     Roti Frankfurter Gardenia (nak guna jenis lain pun boleh)
6 biji             Telur (saya gunakan gred B)
6 biji             Cendawan Butang - di cincang kasar
100g            Daging Cincang
1 ulas           Bawang Merah (dimayang halus - untuk menumis)
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Sedikit serbuk perasa (saya gunakan Pasti Sedap Knorr)
Sedikit mentega/ margerin

Untuk hiasan

Timun - di hiris nipis
Carrot - disagat
Sos cili
Sos lada hitam
Mayonis

Cara-caranya :

1. Tumis bawang merah sehingga garing. Masukkan daging cincang. Goreng daging sehingga masak/ agak garing. Setelah masak, angkat dan toskan minyak.

Daging cincang dah hampir masak

2. Potong roti kepada 2 bahagian tapi jangan sampai putus.

3. Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk. Masukkan 1/3 dari daging cincang tadi dan 1/3 cendawan butang yang telah dicincang kasar. Masukkan sedikit serbuk perasa, garam dan lada sulah. Kacau sebati.



4. Panaskan kuali leper dan letakkan sedikit mentega/ margerin. Bila agak panas tuangkan adunan tadi ke atas kuali. Ok...kat sini ada thrill sikit. Sewaktu menuang tu pastikan saiz adunan yang di tuang itu ngam-ngam dengan saiz 2 biji roti yang telah dipotong tadi.



5. Telangkupkan roti (bahagian dalam) ke atas adunan tadi dengan cepat supaya adunan dapat melekat pada roti. Jangan sampai adunan masak atau kering. Kalau belum terer...sila gunakan api yang kecil ye. Nanti tak pasal-pasal makan roti telur/ benjo pulak karang...haha :p

6. Bila dah agak garing, angkat roti dan letakkan timun dan carrot yang telah disagat tadi. Tambahkan sos cili, sos lada hitam dan mayonis. Tadaaaa... dh siap.



Jom makan roti john :)

No comments:

Post a Comment