Thursday, May 19, 2011

cheese...cheese...cheese

As salam,

Kali ni saya nak update tentang produk cheese dari "Dapur Fyza".

 Strawberry Jelly Cheesecake in Cups

 Orange Cheese Cupcakes
 Tiramisu Cupcakes

Carrot Cupcakes with Cream Cheese Frosting

Sunday, May 15, 2011

ready made kulit tart @ tart shell

As salam....

Suka makan tart tapi malas nak buat kulitnya? Takde masa? Atau tak tau nak buat? Takpe...kini ada cara lebih mudah untuk anda membuat pelbagai jenis tart. Lebih mudah kerana anda cuma perlu masukkan filingnya sahaja...dan x perlu bakar banyak kali.

Anda juga kini boleh menerima tempahan pelbagai jenis tart dengan lebih mudah dan cepat kerana kini sudah ada kulit tart 'ready made' untuk memudahkan kerja anda!!!




Harga               : RM 28/ 100 pcs/ box
Saiz                  : 4.5 cm
Minimum order : 100 pcs

Kulit tart yang disimpan di dalam bekas kedap udara dengan kemas mampu bertahan sehingga lebih sebulan tanpa rosak. Tapi pastikan anda menutup semula dengan kemas bekas yang telah diigunakan bagi mengelakkan kulit tart menjadi lemau atau rosak.

Wednesday, May 4, 2011

cari pendapatan tambahan...agen diperlukan!!!

As salam...

Rasanya bila sebut bab cari pendapatan tambahan nie semua orang berebut-rebut nak cari pendapatan tambahan especially kaum-kaum ibu yang bekerja dari rumah kan? Almaklumlah, daripada duduk sesaja goyang kaki tuh dapat jugak menjana pendapatan tambahan. So setakat nak beli blusher ke, eyeliner ke, compact powder ke...xyah laa lagi sampai nak kena tunggu elaun dari mr hubby, ye tak? :D

Salah satu cara yang saya nak sarankan ialah membuat perniagaan kecil-kecilan terutamanya perniagaan berasaskan makanan. Yelah...semua orang sukakan makanan, kan? Kebanyakan orang memang berminat tapi sayangnya xde masa nak buat. Memahami keadaan orang-orang yang berkerjaya diluar sana, jadi dengan sukacitanya (cheewah...) saya nak menyarankan kepada sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan lebih, boleh laa menjadi agen 'Dapur Fyza' bagi memasarkan produk-produk keluaran kami.

Buat masa sekarang, produk-produk yang kami tawarkan adalah :

  • aneka kek/ muffin untuk sebarang majlis keraian
  • aneka tartlet seperti cheese tart dan fruit tart
  • frozen foods
  • kuih muih tradisional/ moden seperti aneka kuih talam, kuih bakar dan kuih tako
  • mini katering
Kepada yang berminat, sila hubungi saya ye....

Tuesday, May 3, 2011

update produk frozen

As salam kembali buat semua...

Hari ni saya nak updatekan produk frozen terkini 'Dapur Fyza'. Dengan harga yang berpatutan serta dijamin halal serta sudah semestinya sedap (bukan saya saja angkat bakul tau...x caya cuba try test tengok ;)), berikut adalah senarai produk frozen terkini dari kami :

  • Popiah (inti sayur + ayam)
  • Samosa (inti kentang + ayam + lada hitam)
  • Sosej roll
  • Roti canai
Gambar-gambar akan saya uploadkan secepat mungkin memandangkan x berapa nak menyempat nak amik gambar. Harga setiap paket cuma RM 5.50 ~ berbaloi-baloi. Penghantaran boleh dibuat dengan caj yang berpatutan bagi setiap pembelian melebihi RM 30.00. Nak arrange pickup pn okey. Lain-lain produk akan menyusul x berapa lama lagi ye. So, tungguuuuuu!!!!!