Tuesday, February 28, 2012

Petua Tauhu Lebih Segar dan Tahan Lama

Salam...

Kali ini saya nak kongsi tips/ petua yang saya biasa gunakan untuk mengekalkan kesegaran dan ketahanan tauhu yang dibeli. Almaklumlah kadang-kadang apa yang kita beli tak semuanya kita terus masak ye tak? Kadang-kadang tu dah berhari-hari di dalam peti sejuk tu sampaikan dah terlupa apa yang dah dibeli...sudahnya ke dalam tong sampah jua perginya. Sekurang-kurangnya bila dah amalkan tips ni sedikit sebanyak boleh mengurangkan pembaziran...

- Pastikan tauhu masih dalam keadaan segar dan tidak masam baunya ketika dibeli
- Cuci tauhu dengan bersih dan lumurkan seluruh permukaan tauhu dengan garam
- Rendam dengan air dan simpan dalam bekas bertutup
- Tukar air setiap hari bagi mengekalkan kesegarannya

p/s : kalau tak berapa rajin nak lumur dengan garam, boleh aje masukkan terus garam dalam air tadi :)

Wednesday, February 22, 2012

Nutri Gamat Gold plus Blackcurrent

Adakah anda atau mereka yang terdekat dengan anda mempunyai masalah kesihatan seperti berikut :  
  • Resdung
  • Sakit Sendi
  • Buasir
  • Masalah Kulit/ Alahan
  • Migrain
  • Gout
  • Kencing Manis
  • Darah Tinggi
  • Gastrik
  • Asma/ lelah/ semput
  • Jerawat & Jeragat
  • Kerap tidak sihat/ selsema/ demam
  • Baru menjalani pembedahan
Kami boleh bantu anda!!!



Kajian serta penyelidikan telah membutikan bahawa Gamat berfungsi :

·          Membantu merawat masalah kencing manis, asma, alahan, kesakitan, luka dan lain-lain
·          Membantu mencegah masalah gastrik
·          Sebagai penahan sakit
·          Penyembuh masalah sendi
·          Mengelakkan salur darah tersumbat
·          Mencegah pengecutan otot perut
·          Meningkatkan penghasilan sel-sel darah putih
·          Mempunyai fungsi anti-bakteria dan anti-fungus serta anti-kanser
·          Sebagai agen antioksida yang hebat

Nutri Gamat Gold secara eksklusif diperbuat daripada 100% Golden Gamat asli yang telah pun terbukti mempunyai khasiat seperti berikut:
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Menjana tumbesaran tubuh yang sihat
  • Membina gigi dan tulang yang sihat
  • Merangsangkan kecantikan kulit
  • Mengekalkan kesihatan sistem penghadaman dan meningkatkan selera makan
Black Currant kaya dengan sumber antioksida. Ia mempunyai 4 kali ganda lebih vitamin C yang terdapat pada buah oren dan juga mempunyai lebih kalium daripada buah pisang. Buah beri yang berwarna gelap ini adalah baik untuk:
  • Mencegah batuk dan selsema
  • Meningkatkan fungsi dan kesihatan otak
  • Mengekalkan kesihatan mata dan Penglihatan
  • Memperbaiki kesihatan salur kencing dan mencegah dari jangkitan kuman
  • Mengekalkan kesihatan tisu tubuh badan

Juga sesuai untuk diambil oleh kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas bagi merangsang minda yang cergas dan cerdas.

Sila hubungi @ pm saya untuk maklumat lanjut.


Harga pasaran : RM 80.00
HARGA PROMOSI (sehingga 31 Mac 2012) : RM 75.00 sahaja!!!
* Harga tidak termasuk kos penghantaran melalui pos

Petua @ Tips Menghasilkan Kuih Talam

As salam....

Kali ni saya nak share tentang tips untuk menghasilkan kuih talam yang sedap mata memandang, tidak menggerutu dan insya Allah tahan lama (lebih kurang 48 jam jika di simpan pada suhu bilik) :

1. Adunan yang telah siap dibancuh perlu dimasak dengan api yang perlahan sehingga mengeluarkan wap untuk mengelakkannya cepat basi.

2. Adunan perlu dikukus dengan api yang SEDERHANA besar sepanjang tempoh mengukus.

3. Tudung/ tutup periuk kukus perlu di buka sekurang-kurangnya 10 minit sekali bagi mengelakkan wap air menitis ke atas adunan (bagi lapisan atas sahaja).

Selamat mencuba!