Monday, February 3, 2014

Tempahan Katering Sepanjang Januari

As salam dan salam sejahtera,

Selain dari menerima tempahan kuih muih dan pelbagai dessert/ pencuci mulut, kami turut menerima tempahan katering kecil-kecilan dengan pelbagai menu mengikut pilihan pelanggan.

Bilangan pax biasanya 100 pax ke bawah dan pelanggan mempunyai pilihan samada memilih menu sendiri atau memberikan bajet per pax dan kami akan memberikan cadangan menu berdasarkan kepada bajet pelanggan.

Berikut adalah antara menu katering yang telah ditempah sepanjang bulan Januari :
Ayam Goreng Berempah yang ohsem ;)
Ikan Goreng
KariAyam dengan Kentang
Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api
Telur Asin
Nasi Goreng Cina yang siap dibungkus

Sunday, February 2, 2014

Tempahan Kuih Muih Sepanjang Minggu Ini

As salam buat semua pembaca,

Memandangkan minggu ini cuti agak panjang bersempena Tahun Baru Cina dan cuti Hari Wilayah, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan kenduri kendara di sana sini.

Saya juga agak tidak menang tangan menerima pelbagai tempahan terutama sekali tempahan kuih talam yang sememangnya diminati ramai untuk dijadikan hidangan sampingan dan pencuci mulut sewaktu kenduri.

Jom layan gambar sebahagian dari tempahan yang sempat diambil...

Sebahagian dari kuih talam yang telah ditempah
Serimuka Bakar Berlauk
Talam Keladi
Koleh Kacang
Talam Cendol
Serimuka Pulut Hitam
Cheezy Cheese Tart
Super Fluffy Cream Puff