Showing posts with label customer. Show all posts
Showing posts with label customer. Show all posts

Monday, October 13, 2014

Tempahan Muruku Deepavali

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tak lama lagi masyarakat India akan sambut Deepavali. Antara hidangan yang wajib ada seharusnya lah muruku kan.

Tapi memandangkan muruku ni dah jadi favourite semua kaum kat Malaysia ni, jadi tak kira kaum boleh dikatakan menggemari muruku ni.

Dan saya pun baru-baru ini dah siapkan tempahan muruku untuk lebih 100 pax, tempahan dari sebuah syarikat korporat. Muruku pilihan mereka ialah muruku special.

Haaa....kan saya dah cakap muruku tu memang special dan sedap. Disebabkan saya rasa macam nak baik hati, setiap tempahan yang saya terima saya akan hadiahkan sebungkus muruku special tu sebagai tester.



 


Monday, February 3, 2014

Tempahan Katering Sepanjang Januari

As salam dan salam sejahtera,

Selain dari menerima tempahan kuih muih dan pelbagai dessert/ pencuci mulut, kami turut menerima tempahan katering kecil-kecilan dengan pelbagai menu mengikut pilihan pelanggan.

Bilangan pax biasanya 100 pax ke bawah dan pelanggan mempunyai pilihan samada memilih menu sendiri atau memberikan bajet per pax dan kami akan memberikan cadangan menu berdasarkan kepada bajet pelanggan.

Berikut adalah antara menu katering yang telah ditempah sepanjang bulan Januari :
Ayam Goreng Berempah yang ohsem ;)
Ikan Goreng
KariAyam dengan Kentang
Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api
Telur Asin
Nasi Goreng Cina yang siap dibungkus

Sunday, February 2, 2014

Tempahan Kuih Muih Sepanjang Minggu Ini

As salam buat semua pembaca,

Memandangkan minggu ini cuti agak panjang bersempena Tahun Baru Cina dan cuti Hari Wilayah, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan kenduri kendara di sana sini.

Saya juga agak tidak menang tangan menerima pelbagai tempahan terutama sekali tempahan kuih talam yang sememangnya diminati ramai untuk dijadikan hidangan sampingan dan pencuci mulut sewaktu kenduri.

Jom layan gambar sebahagian dari tempahan yang sempat diambil...

Sebahagian dari kuih talam yang telah ditempah
Serimuka Bakar Berlauk
Talam Keladi
Koleh Kacang
Talam Cendol
Serimuka Pulut Hitam
Cheezy Cheese Tart
Super Fluffy Cream Puff

Friday, January 10, 2014

Tempahan Kek Pertunangan

Assalamualaikum semua,

Memandangkan ini entri pertama bagi tahun 2014, jadi rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat tahun baru buat semua pembaca.

Semoga tahun ini menjadi tahun yang dipenuhi dengan limpahan rezeki dan kejayaan buat kita semua. Amiin. 

Ini adalah tempahan kek pertunangan dari ex-officemate, Laila yang telah melangsungkan pertunangannya pada minggu lepas.

Buttercake yang dihiasi dengan rosette buttercream, bertemakan warna putih. Untuk Laila, selamat bertunang ye dik :)


Tuesday, December 17, 2013

Tempahan Kuih Muih dan Dessert Sepanjang Minggu Lepas

As salam buat semua pembaca, Memandangkan sekarang ini adalah cuti sekolah dan ramai yang memilih untuk mengadakan majlis dalam bulan ini, tempahan yang diterima sepanjang minggu lepas adalah sangat menggalakkan. Alhamdulillah atas rezeki yang diberi olehNya. Bagi yang berminat untuk membuat tempahan seperti gambar-gambar dibawah, boleh hubungi saya di talian 012-2038424. Oh ya, terima kasih yang tidak terhingga kepada para pelanggan yang sudi membuat tempahan. Jom kita layan gambar...

Thursday, June 13, 2013

Tempahan Catering untuk Birthday Function

As salam semua,

Update kali ini adalah merupakan tempahan katering untuk majlis harijadi oleh sebuah syarikat yamg beroperasi di Bangsar.

Untuk makluman, selain dari menyediakan pelbagai jenis kek dan kuih, kami juga menawarkan perkhidmatan katering mini atau kecil-kecilan iaitu untuk jamuan 100 pax dan ke bawah.

Bagi yang berminat, boleh berhubung dengan kami untuk sebutharga.

Puding Triffle
Creaf Puff
Cheese Pudding with Oreo
Spring Roll
Chocolate Indulgence Cake ~ bersaiz 13" special request by customer
Antara sebahagian dari menu catering tempohari yang sempat di snap ~ yang lainnya gagal di snap disebabkan oleh kesuntukan masa :(

Lagi Tempahan Kek

As salam buat semua pembaca,

Kali ini saya update tempahan kek dari pelanggan setelah lama tak update pasal tempahan. Jom layan gambar...


Red Velvet Cake ~ saiz 8" 
Choc moist cake dengan buttercream ~ kek pertunangan


Feedback dari customer ~ alhamdulillah

Thursday, April 25, 2013

Kurma Corporate Gift & Hamper 2013

As salam...

Memandangkan bulan Ramadhan sudah hampir tiba dan kebanyakan syarikat sudah mula mencari sebutharga untuk pemberian kurma untuk korporat (dates corporate gift), di bawah ini saya updatekan sebahagian dari contoh pembungkusan/ packaging untuk kurma bagi tahun ini. Ini hanyalah merupakan sebahagian dari sample dan sebutharga adalah berdasarkan kepada jenis pembungkusan dan jenis kurma yang dipilih serta budget tuan/ puan sendiri.

Sample pembungkusan di bawah adalah bermula dari RM 15 dan ke atas.







Untuk maklumat lanjut dan sebutharga penuh, boleh hubungi saya di talian 012-203 8424.

Monday, April 22, 2013

Tempahan Kek Hari Jadi

As salam...

Tempahan kek hari jadi dari salah seorang regular customer saya...Kak Kamariah dari Bukit Jelutong...2 biji kek sekaligus. Satu cheese cake untuk anak dan satu lagi butter peach untuk cucu. Baguskan kak Kamariah ni? Terima kasih kak atas tempahan dan feedback yang diberikan...

Cheese cake untuk birthday anak yang ke 15 tahun

Butter peach untuk cucu yang pertama

Wednesday, April 25, 2012

Tempahan Kulit Tart Ready Made

Salam,

Tempahan kulit tart dari Pn. Mazni minggu lepas. Terima kasih daun keladi...





p/s : Kami di DapurFyza menawarkan kulit tart @ tart shell ready made bagi memudahkan anda menyediakan pelbagai jenis tart kegemaran anda.


Wednesday, December 14, 2011

Tempahan Kuih Cara Berlauk

As salam...

Lambat sgt nak update blog, sampaikan customer dah upate dulu...haha...x malu sungguh :). thanks liza dari http://lizjournal-lizstudio.blogspot.com/2011/12/untuk-tetamu-kuih-cara.html di atas review yang diberikan. Walaupun Liza order last minute, nasib baik dapat disiapkan memandanggkan saya tak ada sebarang program pada pagi hari tu. Kalau ada pun sebelah petang...nak start marathon utk kuih talam. Insya Allah, kadangkala saya ambil juga tempahan last minute ni. Tak sampai hati nak menghampakan permintaan customer...

Inilah kuih cara yg di pesan oleh Liza.





Saya extrakan adunan memandangkan ada special customer kat rumah dh request 'ibu...cili xmo arr...tp daging nak lebih..'. Hmmm....