Showing posts with label Petua dapur. Show all posts
Showing posts with label Petua dapur. Show all posts

Tuesday, October 14, 2014

Cerita Lawak Minggu Ini

Assalamualaikum dan apa khabar?

Hari ni saya nak lari tajuk sikit dari makan, makan dan makan. Walaupun masih dalam kategori makanan, tapi cerita ni bila diingat cukup untuk buat saya ketawa sendiri...

Beberapa hari lepas saya ke pasaraya dengan hajat nak membeli daun ketumbar. Kebiasaannya untuk kenalpasti daun ketumbar saya akan bau daun tersebut kerana bau daun ketumbar ni agak kuat berbanding daun sup.

Tapi nak dijadikan cerita kali itu saya dan ambil dan letak daun tu dah lebih 4 kali, tapi masih tak dapat nak kenalpasti daun apa. Hidung tersumbat agaknya masa tu..hihi

Kebetulan berdekatan situ ada seorang pekerja bangla tengah menyusun sayur. Saya pun dengan selamba badaknya tanya kat dia "hello, ni daun ketumbar ke daun bawang?" "Daun sup..."

Hahahaha....rupa-rupanya saya sendiri tersilap antara nak sebut daun sup dengan daun bawang. Malu weh...kat orang lelaki pulak tu. Bangla lagi. Rasa macam nak masuk kepala dalam baju....:p

So moral of the story, kalau kepala tengah tak berapa nak betul tu, tak payah la nak pegi shopping ke hape ke. Duduk je dendiam kat rumah. Jangan buat malu diri sendiri....malu woiiii

P/s : supaya korang tak jadi macam saya, jadi saya sertakan gambar daun-daun yang berkenaan ye

(Kredit gambar dari google)

Ni nama dia daun ketumbar
Ni pulak nama dia daun sup
Ini pulak daun bawang

Thursday, February 14, 2013

Tips Strawberi Tahan Lebih Lama

As salam...

Baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel berkaitan buah strawberi. Saya pasti ramai diantara kita di luar sana (termasuk juga saya...hihi) ingin mencari solusi bagi permasalahan ini. Seperti yang kita sedia maklum, buah strawberi ini biasanya tidak boleh bertahan lama...cuma lebih kurang empat hari di dalam peti sejuk biasa.

Namun berdasarkan artikel yang saya baca ini mencadangkan cara penyimpanan yang berbeza. Bagaimana caranya ya? Ok..mula-mula sekali susun buah strawberi secara berasingan (tidak bertindih atau bersentuhan diantara satu sama lain) di dalam tempat pembeku atau freezer sehingga beku. 

Kemudian, setelah ianya membeku, keluarkan buah strawberi tersebut dan jirus dengan air biasa/ paip. Masukkan buah strawberi tersebut ke dalam plastik dan bekukannya semula di tempat pembeku. Insya Allah buah strawberi tersebut mampu bertahan selama 1 bulan. 

Nampak sedap je kan dessert dalam gambar ni kan? xpe...next time kita try ye :)

Walaupun ianya mungkin kurang sesuai untuk dijadikan juadah yang memerlukan buah-buahan segar seperti fruit tart, namun ianya amat sesuai untuk dijadikan jus strawberi. Sekurang-kurangnya tidaklah ianya terbuang begitu sahaja. Lagipun harganya pula boleh tahan mahalnya. Lainlah jika anda tinggal di tempat sejuk seperti di Cameron Highland, tak gitu? :)

Monday, November 5, 2012

Khasiat Makanan Sunnah ~ Cuka Epal (sesuai untuk yg tengah nak turunkan berat badan) :)

Kali ni saya nak berkongsi tentang kelebihan salah satu makanan sunnah iaitu cuka.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda :

"Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada khal, sesunggguhnya khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus khal dalam suatu rumah." (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318).

Khal bermaksud bahan dari buah-buahan seperti kurma, epal dan anggur yang diperam untuk jangkamasa tertentu sebelum bertukar menjadi jus buah, seterusnya yis dan asid asetat sebelum bertukar sepenuhnya menjadi khal iaitu cuka (vinegar).

Kali ini saya nak berkongsi info tentang salah satu cuka iaitu cuka epal @ apple cider vinegar. Cuka epal ini banyak digunakan dalam program penurunan berat badan secara sihat kerana ianya dipercayai dapat membantu menahan lapar dan mengawal nafsu makan.

Pelbagai cara dapat digunakan bagi pengambilan cuka epal ini. Salah satu cara ialah memasukkan sedikit cuka epal ke dalam salad sebagai bahan dressing atau vinegrette bagi menggantikan mayonis atau thousand island. Ianya akan lebih enak sekiranya sald tersebut di tambahkan dengan sedikit madu dan minyak flax.

Selain itu, ianya boleh diminum terus dengan mencampurkannya dengan sedikit madu dan dibancuh dengan air suam lebih kurang 1/2 gelas. Campuran air ini dinamakan sebagai honergar (madu + cuka epal). Sekiranya diamalkan 3 kali sehari sebelum makan (pagi, tengahari dan malam), insya Allah, ianya mampu mengawal selera makan anda!

Cuka epal ini juga berupaya bagi menghilangkan kelesuan badan dalam masa beberapa jam selepas pengambilannya (yang ini memang terbukti sebab saya mengamalkannya). Bagi yang ada masalah kesihatan, anda disarankan untuk mengambil cuka ini sebelum waktu tidur.

Antara kelebihan cuka epal ialah :

1. Meningkatkan daya tahan tubuh;
2. Mencairkan lemak, menurunkan berat badan tanpa bberdiet serta membantu merendahkan kolestrol bahaya (LDL) dalam darah;
3. Melawan batuk, berpeluh malam, insomnia, kahak dan hempedu.;
4. Mengeluarkan kesan negatif ubat-ubatan;
5. Menambah metabolisma di bahagian badan tertentu;
6. Meredakan sengal dan sakit sendi (arthritis);
7. Mengawal stress dan mambantu tidur yang lebih nyenyak.

Itu antara sebahagian kelebihan cuka epal yang mana ianya lebih akan lebih efektif sekiranya diambil bersama madu. Ini adalah kerana madu dapat membantu bagi menambahkan tenaga dan meningkatkan daya ketahanan badan.


Cuka Epal plus Madu
Botol 500ml

Botol 500ml
Harga Pengenalan ~ Cuma RM 25 RM 23 sahaja

Untuk anda yang berhajat bagi mendapatkan cuka epal plus madu (apple vinegar plus honey) ini, boleh hubungi saya di 012-203 8424 (penghantaran disediakan diseluruh negara).

Wednesday, October 17, 2012

Carta Penukaran Sukatan (Measurement Conversion Charts)



Sukatan bagi bahan cecair

Krim UHT/ Susu Segar/ Minyak Sayuran

1 tsp   = 5g @ 5ml
1 tbsp = 15g @ 15ml
1 cup  = 225g @ 16 tbsp @ 8 oz

Sukatan bagi bahan solid

Mentega / Margerin

1 tsp   = 5g @ 5ml
1 tbsp = 15g @ 15ml
1 cup  = 225g @ 16 tbsp @ 8 oz


Lain-lain Sukatan

Gula Pasir/ Gula Merah
1 cup = 185g

Gula Aising
1 cup = 130g

Tepung
1 cup = 125g

Tepung Jagung
1 tbsp = 13g

Susu Serbuk/ Serbuk Koko/ Coklat Hancur (Crushed Choc)
1 tbsp = 7g

Yis Kering
1 tsp = 3g

Garam/ Serbuk Penaik
1 tsp = 5g

Cream of Tartar
1 tsp = 4g

Selamat Menyukat :)

Tuesday, February 28, 2012

Petua Tauhu Lebih Segar dan Tahan Lama

Salam...

Kali ini saya nak kongsi tips/ petua yang saya biasa gunakan untuk mengekalkan kesegaran dan ketahanan tauhu yang dibeli. Almaklumlah kadang-kadang apa yang kita beli tak semuanya kita terus masak ye tak? Kadang-kadang tu dah berhari-hari di dalam peti sejuk tu sampaikan dah terlupa apa yang dah dibeli...sudahnya ke dalam tong sampah jua perginya. Sekurang-kurangnya bila dah amalkan tips ni sedikit sebanyak boleh mengurangkan pembaziran...

- Pastikan tauhu masih dalam keadaan segar dan tidak masam baunya ketika dibeli
- Cuci tauhu dengan bersih dan lumurkan seluruh permukaan tauhu dengan garam
- Rendam dengan air dan simpan dalam bekas bertutup
- Tukar air setiap hari bagi mengekalkan kesegarannya

p/s : kalau tak berapa rajin nak lumur dengan garam, boleh aje masukkan terus garam dalam air tadi :)

Wednesday, February 22, 2012

Petua @ Tips Menghasilkan Kuih Talam

As salam....

Kali ni saya nak share tentang tips untuk menghasilkan kuih talam yang sedap mata memandang, tidak menggerutu dan insya Allah tahan lama (lebih kurang 48 jam jika di simpan pada suhu bilik) :

1. Adunan yang telah siap dibancuh perlu dimasak dengan api yang perlahan sehingga mengeluarkan wap untuk mengelakkannya cepat basi.

2. Adunan perlu dikukus dengan api yang SEDERHANA besar sepanjang tempoh mengukus.

3. Tudung/ tutup periuk kukus perlu di buka sekurang-kurangnya 10 minit sekali bagi mengelakkan wap air menitis ke atas adunan (bagi lapisan atas sahaja).

Selamat mencuba!

Thursday, December 15, 2011

Hilangkan Pahit Peria

Peria secara umumnya kurang digemari ramai seperti sayuran lain kerana rasanya yang agak pahit terutama sekali peria yg dipanggil peria katak. Tapi bagi yang mengetahui khasiat peria ni memang tak ada masalah untuk memakannya....bak kata orang 'pahit pun pahitlah janji boleh jadi ubat'...hehe.

Peria biasanya sedap sekiranya digoreng dengan cili tapi akan jadi lebiih sedap sekiranya digoreng celup tepung dan kemudiannya dicicah dengan sos semasa masih panas. Yummy!

Walaubagaimanapun, pahit peria boleh dikurangkan dengan merendam peria di dalam air campuran garam selama setengah jam selepas dipotong. Ataupun bagi sesetengah masakan yang tidak memerlukan peria dipotong kecil, peria tersebut boleh dikelar dengan garpu terlebih dahulu sebelum di rendam di dalam air garam.

Selamat Mencuba!