Showing posts with label advertisement. Show all posts
Showing posts with label advertisement. Show all posts

Sunday, October 19, 2014

Lagi Pilihan Kek dari Dapurfyza

As salam dan selamat sejahtera,

Disebabkan ramai pelanggan yang asyik bertanya apa lagi kek yang saya buat, di sini saya kemaskinikan antara kek yang selalu ditempah pelanggan dan juga kek-kek yang lain.

Yang mana tidak terdapat dalam senarai kek yang anda kehendaki, boleh request dengan harapan saya boleh buat kek tu...hahaha

Kek-kek ini bukan sahaja untuk majlis harijadi, tetapi juga untuk pelbagai majlis seperti pertunangan dan perkahwinan mahupun untuk majlis-majlis di pejabat seperti majlis perpisahan dan majlis mesyuarat.

Kek lain yang saya pernah update sebelum ni seperti biasa, masih dikekalkan cuma dari segi harga kena semak dangan saya semula almaklum barang-barang kek sekarang ni naik mencanak-canak.

Maafkan saya ye, bukan saya sesuka hati hendak menaikkan harga produk tapi saya terpaksa demi untuk cover cost saya yang terlibat. Tapi jangan takut, saya masih mengekalkan rasa dan kualiti kuih dan kek Dapur Fyza seperti yang anda semua ketahui selama ini. Harap memahami ye.

Chocolate Moist Cake

Sliced Rainbow Cake

Double Chocolate Indulgence

Blueberry Cheese Cake

Caramel Cake

Chocolate Moiat Cake

Pure Butter Cake

Cheese Cake
Snowy Peach Cake

Snowy Peach Cake
Mini Red Velvet Cake
Blueberry Cheese Cake

Pecan Butterscoth Cake
Fruit & Nuts Cake
Pure Buttercake with Special Buttercream
Japanese Cotton Cheese Cake
White Macadamia Cake
Walnut Caramel Cheesecake in Container
Hello Kitty Rainbow Cake
Special Rainbow Cake
Chocolate Caramel Cake
Rainbow Cake



Monday, October 13, 2014

Muruku dan Kerepek Tak Kira Masa, Di Mana Jua

Assalamualaikum,

Hamboiii, terpanjang la pulak tajuk entri kali ini kan. Sebenarnya bukan apa, saja nak bagitahu yang kami turut membekalkan pelbagai jenis muruku dan kerepek tanpa mengira sebarang waktu, meskipun di luar musim perayaan.

Iyelah kan, biasanya orang beria nak makan muruku, kerepek bagai time-time nak raya tapi kali ini bila -bila masa sahaja anda boleh dapatkan semua ini apatah lagi kalau setakat nak buat kudapan depan tv ataupun nak hidangkan untuk tetamu yang datang secara suprise.

Muruku dan kerepek yang kami bekalkan ini memang 100% keluaran bumiputra yang bermutu tinggi dan perakui kebebersihannya. Dan the best part is harga yang kami tawarkan semestinya lebih rendah dari harga pasaran, tambahan pula kalau and ambil dalam kuantiti yang banyak. Haaa....best kan?

Jadi, mari kita rambangkan mata untuk tengok jenis-jenis muruku dan kerepek ni :)

Special Mix Muruku
- special macam namanya juga, memang sedap tak tipu ;)
Fine Mix Muruku
Small Mix Muruku
Big Mix Muruku
BBQ Flavour Muruku
Chicken Flavour Muruku
Pagoda Chip Muruku
Pagoda Dhall Muruku



Sunday, October 12, 2014

Walnut Chocolate Brownies Yang Ohsem

Assalamualaikum,

Kali ini saya nak memperkenalkan satu lagi produk yang mendapat permintaan hangat dari pelanggan-pelanggan saya. Sangat istimewa bagi penggemar coklat tegar.

Brownies yang diadun dengan coklat gelap dan kekacang walnuts, dibakar sehingga garing dipermukaannya namun tetap mengekalkan kelembutannya rasanya di dalam.

Brownies ini boleh tahan sehingga hampir 2 minggu pada suhu bilik dan tahan berbulan lamanya sekiranya disimpan di tempat sejukbeku di dalam petisejuk.

Oleh itu berita baiknya,brownies ini boleh dipos walau di mana sahaja anda berada. Bestkan?

Juga sangat sesuai dihidangkan di meja dessert mahupun dihidangkan ketika mesyuarat di pejabat kerana ianya sanga mudah dihidangkan dan tidak melekit.

Harga cuma RM80 per box untuk 84pcs brownies.
Saiz brownies yang telah dipotong
Brownies yang telah disusun ke dalam paper cup



Kotak pembungkusan brownies yang telah siap untuk dipos

Friday, October 3, 2014

Kuih Frozen Kembali Lagi

Assalamualaikum dan apa khabar?

Rasanya lama sungguh saya tak bersiaran kan? Bukannya apa, kebelakangan ini saya lebih banyak menumpukan promosi di Instagram berbanding di penulisan di blog dan fan page.

Sekali-sekali nak rasa jadi remaja kertu ;)

Bagi peminat kuih-kuih frozen, saya ada berita baik untuk anda semua. Kuih frozen kembali lagi!

Kini dengan lebih banyak pilihan kuih berbanding sebelum ini.

Bagi yang nak buat tempahan, tempahan boleh dibuat seperti kuih dan dessert yang lain iaitu dalam tempoh 2-3 hari sebelum tarikh anda nak ambil. Tapi boleh call saya dahulu, manalah tahu kalau bernasib baik memang ada ready stock masa tu kan. Jadi tak payah menunggu lama.

Tapi sekiranya saya tak dapat atau sempat angkat panggilan, mohon sangat-sangat untuk tinggalkan pesanan melalui sms@whatsapp ye. Sebab kadangkala time call masuk tu saya tengah main tepung, jadi tak dapat nak angkat call. Harap memahami ye.

Ok. Ni stock baru bagi kuih frozen yang ada. Insya Allahkalau ada masadan kelapangan, saya akan tambah lagi jenis-jenis kuih yang lain pula.

Karipap Frozen
(boleh didapati dengan inti kentang, ayam, daging dan sardin)
Popia Frozen dengan inti sayuran
Cucur Badak Frozen
Pulut Udang @ Pulut Panggang Frozen
Sardin Roll Frozen

Friday, January 10, 2014

Terkini Minggu Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Produk terbaru kami minggu ini amat sesuai dijadikan hidangan untuk minum petang ataupun hidangan di sebarang jenis majlis kerana ianya kering dan mudah dihidangkan.

Juga sesuai dijadikan doorgift majlis kerana ianya tahan lama, tidak seperti kek-kek biasa biarpun tanpa sebarang bahan pengawet.

Congo bars - bars seperti brownies (macam adik beradik jugak laa ;)) tapi menggunakan gula perang, mentega dan chocolate button sebagai bahan utama. Rasanya agak chewy dan seakan-akan cookies serta mempunyai gabungan rasa walnut didalamnya. N/P : cuma RM75 per tray (84 pieces)

Produk ini juga boleh diposkan sehingga ke depan pintu rumah anda, walau dimana sahaja anda berada!

Congo Bars in Paper Cup
Congo Bars in Action

Thursday, June 6, 2013

Kurma Corporate Gift & Hamper 2013 - Part 2

As salam dan selamat sejahtera...

Seperti yang dijanjikan, berikut adalah antara lanjutan contoh pembungkusan/ packaging bagi kurma yang sesuai dijadikan hadiah bagi orang perseorangan ataupun corporate gift bagi syarikat-syarikat dan para majikan sempena kedatangan bulan Ramadan tidak beberapa lama lagi.

Untuk pembungkusan kali ini, harga bermula dari RM 6.00 dan ke atas, bergantung kepada jenis kurma yang dipilih.

Untuk sebutharga dan maklumat lanjut, sila hubungi saya di talian 012-2028424.

P/s : Lagi gambar sample akan saya uploadkan dalam part 3...











Tuesday, May 7, 2013

New Product Fast Sale

Salam semua,

Untu makluman, hari khamis ini (9/5) saya akan mengadakan fast sale untuk produk terbaru iaitu Daim Croqant Cake (yang famous dijual di Ikea dolu2..) dan Walnut Caramel Cheese Cake in pack. Walnut caramel ini dilapisi dengan brownies yang lembab, cheese cake yang cheesy, walnut yang crunchy dan semestinya sos caramel yang memang walla!

Untuk pengenalan, kek ini akan dijual secara fast sale pada khamis ini. Daim ada 8 pack dan walnut caramel ada 6 pack. 1st come 1st serve. Self pickup di Shah Alam. Berminat boleh hubungi saya di talian 012-2038424 ye :)


Daim Croqant Cake
 

Walnut Caramel Cheese Cake

Walnut Caramel yang dilapisi dengan walnut dan caramel di dalamnya