Dulu-dulu kan, kalau nak makan ketupat palas mesti nak kena tunggu time raya. Boleh je sebenarnya nak makan pulut lemak buat lepas gian tapi tak feel la pulak. Nak-nak pulak mengidam time mengandung...iskk...memang menangis tak berlagu laa...
Mana tidaknya, dulu-dulu bukan senang nak dapat daun palas macam sekarang. Dulu daun palas seakan bermusim macam musim durian. Sekejap ada sekejap tak ada. Kalau dah dapat daun pun belum tentu pandai balut...ish ish ish...
Tapi sekarang ni kan...
Setakat mengidam nak makan ketupat palas tu, insya Allah bila-bila masa je boleh dapat. Tak payah nak susah payah nak cari daun palas lepas tu nak kena tanak pulut, balut ketupat bagai.
Cuma perlu keluarkan ketupat palas frozen dari peti sejuk, lepas tu boleh terus rebus atau kukus dalam 10-15 minit dan taraaa...dah siap pun ketupat. Dah boleh cicah dengan serunding ready stock kat rumah tu.
Ketupat palas ni termasuk dalam kategori makanan popular dimusim raya ni (walaupun raya dah nak sampai ke penghujung). Boleh dijadikan hidangan utama mahupun tambahan semasa open house. Bila tetamu datang tengok ketupat palas, mesti diorang kagum betapa hebatnya anda balut ketupat. Wah gituu...
Tapi tak semestinya musim raya je. Jadikan breakfast anak sebelum ke sekolah ataupun hidangan emergency waktu lapar tengah malam pun boleh ;)
Dengan sukacitanya kami nak bagi harga promosi ketupat palas frozen kat anda - cuma RM22/kg.
(Kandungan 1kg lebih kurang 17-20 biji ketupat)
Berminat? Hubungi hotline kami segera di 012-2038424 (mohon tinggalkan sms/ whatsapp sekiranya panggilan tidak berjawab).
Daun palas |
Beras pulut (beras susu) |
Pulut lepas ditanak atau orang panggil pulut lemak |
Ketupat palas selepas siap dibalut |
Ketupat palas yang telah siap diikat dan dipotong tangkai |
Ketupat palas yang telah siap untuk difrozenkan |