Monday, February 3, 2014

Tempahan Katering Sepanjang Januari

As salam dan salam sejahtera,

Selain dari menerima tempahan kuih muih dan pelbagai dessert/ pencuci mulut, kami turut menerima tempahan katering kecil-kecilan dengan pelbagai menu mengikut pilihan pelanggan.

Bilangan pax biasanya 100 pax ke bawah dan pelanggan mempunyai pilihan samada memilih menu sendiri atau memberikan bajet per pax dan kami akan memberikan cadangan menu berdasarkan kepada bajet pelanggan.

Berikut adalah antara menu katering yang telah ditempah sepanjang bulan Januari :
Ayam Goreng Berempah yang ohsem ;)
Ikan Goreng
KariAyam dengan Kentang
Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api
Telur Asin
Nasi Goreng Cina yang siap dibungkus

No comments:

Post a Comment