Wednesday, May 2, 2012

Mengidam Luar Musim...haha

Salam semua,

Kalau nak diikutkan, saya bukanlah peminat tegar durian walaupun memang suka makan durian. Nak makan, tapi banyak songeh *pengakuanberanimati*...kena durian fresh laa, xmo masuk dlm tupperware laa, x makan durian dlm fridge laa, x suka durian yg dah jadi masakan laa...macam-macam lagi laa ;)

Tapi sejak 2-3 minggu lepas dok ngidam nak makan serimuka durian (ngidam? ohh tidakkkk) sampaikan dah pusing 1 Shah Alam tapi tak jumpa-jumpa durian...sebab luar musim. Padan laa muka kan? Selalu eksen sangat...huhu. Nak dijadikan cerita...semalam masa pusing-pusing kat luar Giant ternampak plak ada jual durian kat pintu masuk tu. Cadangnya nak beli siap-siap tapi memandangkan ada urusan lain dan tak sanggup ruangan kereta tu dipenuhi dengan wangian durian...terpaksa laa dipendamkan dulu hasrat tu.

Malamnya tanpa berlengah-lengah (sebab kepala dah sepanjang hari dok memikirkan nak beli durian) terus ajak Mr Hubby gi beli. Elok sampai jer gerai tu dah hampir nak tutup sebab durian dah nak habis. Alhamdulillah...sempat jugak beli walaupun x banyak pilihan. Dan hasilnya....


Inilah dia Serimuka Durian yang diidam-idamkan :)

Memandangkan saiz satu loyang tu agak besar...leh dapat 64 biji...maka esoknya kuih serimuka ni jadi rezeki kawan-kawan pejabat. Respon kawan-kawan membuatkan saya rasa kembang semangkuk arini...marbeles!

Wednesday, April 25, 2012

Tempahan Kuih Talam

Salam,

Update tempahan kuih talam dari neat galleriz minggu lepas. tq...

Tempahan kuih talam

Koleh Kacang

Talam Keladi

Talam Cendol

Tempahan Kulit Tart Ready Made

Salam,

Tempahan kulit tart dari Pn. Mazni minggu lepas. Terima kasih daun keladi...





p/s : Kami di DapurFyza menawarkan kulit tart @ tart shell ready made bagi memudahkan anda menyediakan pelbagai jenis tart kegemaran anda.


Tuesday, April 24, 2012

Mesin Kulit Tart @ Tart Press Machine Untuk Dijual

Salam,

Makluman kepada semua. Saya bercadang untuk menjual mesin untuk membuat kulit tart @ tart press machine utk kulit tart bersaiz 4.5cm. Sekali tekan boleh menghasilkan 4 biji tart. Mesin ni saya baru beli dlm beberapa bulan yang lepas, baru digunakan beberapa kali sahaja. Sebab nak let go ~ jarang digunakan dan bercadang nak beli yang lebih auto.

Harga asal saya beli mesin ni RM950 tp nak let go pada harga RM800 RM700. Penghantaran boleh dibuat disekitar Lembah Klang. Kepada yang berminat, sila hubungi saya melalui email/ sms. Hanya untuk serious buyer sahaja ye :)