Friday, January 10, 2014

Tempahan Kek Pertunangan

Assalamualaikum semua,

Memandangkan ini entri pertama bagi tahun 2014, jadi rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat tahun baru buat semua pembaca.

Semoga tahun ini menjadi tahun yang dipenuhi dengan limpahan rezeki dan kejayaan buat kita semua. Amiin. 

Ini adalah tempahan kek pertunangan dari ex-officemate, Laila yang telah melangsungkan pertunangannya pada minggu lepas.

Buttercake yang dihiasi dengan rosette buttercream, bertemakan warna putih. Untuk Laila, selamat bertunang ye dik :)


Tuesday, December 17, 2013

Tempahan Kuih Muih dan Dessert Sepanjang Minggu Lepas

As salam buat semua pembaca, Memandangkan sekarang ini adalah cuti sekolah dan ramai yang memilih untuk mengadakan majlis dalam bulan ini, tempahan yang diterima sepanjang minggu lepas adalah sangat menggalakkan. Alhamdulillah atas rezeki yang diberi olehNya. Bagi yang berminat untuk membuat tempahan seperti gambar-gambar dibawah, boleh hubungi saya di talian 012-2038424. Oh ya, terima kasih yang tidak terhingga kepada para pelanggan yang sudi membuat tempahan. Jom kita layan gambar...

Tuesday, December 3, 2013

Hot Product - Riqiusimo Choc Bars

Tuesday, November 5, 2013

Fast Sale Sempena Maal Hijrah

As salam dan selamat menyambut Maal Hijrah 1435H kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Sempena kedatangan Maal Hijrah kali ini, saya akan membuat promosi bagi beberapa item yang senantiasa hot sale. Tak lupa juga promo untuk new item in da house...

1. Red Velvet Cake in pack - super hot!
    Promo - rm16 (n/p : rm18)
2. Moist Carrot Walnut Cake with Cream Cheese Frosting in pack - hot!
    Promo - rm16 (n/p : rm18)
3. Cream Puff with special custard filling - super hot!
     Rm20/ box only
4. Congo Bars - NEW!
    Harga Pengenalan - rm5/pack/3 pcs

Hubungi saya segera melalui talian 012-2038424 untuk tempahan kerana bilangan unit yang tinggal bagi setiap item adalah terhad.

#Harga promo sah untuk hari ini sahaja - 5 November 2013

Red velvet cake in pack
Carrot walnut cake with cream cheese frosting in pack
Cream puff with special custard filling
Congo bars