Friday, January 10, 2014

Terkini Minggu Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Produk terbaru kami minggu ini amat sesuai dijadikan hidangan untuk minum petang ataupun hidangan di sebarang jenis majlis kerana ianya kering dan mudah dihidangkan.

Juga sesuai dijadikan doorgift majlis kerana ianya tahan lama, tidak seperti kek-kek biasa biarpun tanpa sebarang bahan pengawet.

Congo bars - bars seperti brownies (macam adik beradik jugak laa ;)) tapi menggunakan gula perang, mentega dan chocolate button sebagai bahan utama. Rasanya agak chewy dan seakan-akan cookies serta mempunyai gabungan rasa walnut didalamnya. N/P : cuma RM75 per tray (84 pieces)

Produk ini juga boleh diposkan sehingga ke depan pintu rumah anda, walau dimana sahaja anda berada!

Congo Bars in Paper Cup
Congo Bars in Action

Tempahan Kek Pertunangan

Assalamualaikum semua,

Memandangkan ini entri pertama bagi tahun 2014, jadi rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat tahun baru buat semua pembaca.

Semoga tahun ini menjadi tahun yang dipenuhi dengan limpahan rezeki dan kejayaan buat kita semua. Amiin. 

Ini adalah tempahan kek pertunangan dari ex-officemate, Laila yang telah melangsungkan pertunangannya pada minggu lepas.

Buttercake yang dihiasi dengan rosette buttercream, bertemakan warna putih. Untuk Laila, selamat bertunang ye dik :)


Tuesday, December 17, 2013

Tempahan Kuih Muih dan Dessert Sepanjang Minggu Lepas

As salam buat semua pembaca, Memandangkan sekarang ini adalah cuti sekolah dan ramai yang memilih untuk mengadakan majlis dalam bulan ini, tempahan yang diterima sepanjang minggu lepas adalah sangat menggalakkan. Alhamdulillah atas rezeki yang diberi olehNya. Bagi yang berminat untuk membuat tempahan seperti gambar-gambar dibawah, boleh hubungi saya di talian 012-2038424. Oh ya, terima kasih yang tidak terhingga kepada para pelanggan yang sudi membuat tempahan. Jom kita layan gambar...

Tuesday, December 3, 2013

Hot Product - Riqiusimo Choc Bars