Tuesday, June 26, 2012

Dates/ Kurma Corporate Gift

Salam buat semua pembaca yang dikasihi...

Sempena kedatangan ramadan al-mubarak tidak beberapa lama lagi, DapurFyza telah menyediakan beberapa jenis pembungkusan/ packaging untuk kurma yang amat bersesuaian untuk Corporate Gift. Berikut adalah beberapa contoh packaging yang disediakan oleh kami :


Bahan : Dawai / Plastik
Saiz : 9.5” x 5.5” x 2”
Warna : Putih
Kuantiti  Maksima/ kotak : 1 kg

Bahan : Mengkuang/ Jerami
Saiz : 7.5” x 5” x 3”
Warna : Coklat Muda/ Krim
Kuantiti Maksima/ kotak : 1 kg




Bahan : Kayu
Saiz : 8” x 3.5” x 2.5”
Warna : Putih
Kuantiti Maksima/ kotak : 750g


Bahan : Kayu
Saiz : 7” x 4” x  3”
Warna : Putih
Kuantiti Maksima/ kotak : 750g


Bahan : Kayu
Saiz : 10.5” x 6” x  1.5”
Warna : Perak/ Coklat
Kuantiti Maksima/ kotak : 750g



Bahan : Kertas (Keras)
Saiz : 7” x 5.5” x 4”
Warna : Coklat
Kuantiti Maksima/ kotak : 1 kg


Gambar di atas hanyalah sebahagian dari packaging yang disediakan. Jenis packaging dan bentuk adalah bergantung kepada request. Pelbagai pilihan kurma turut disediakan, antaranya : Ajwa, Medjool, Anbara dan Safiya.

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut dan sebutharga.


Resepi Kebab Roti Pita

As salam dan salam ceria utk semua...

Minggu lepas ketika membeli belah barangan dapur, saya ternampak bungkusan roti pita di celahan rak-rak roti. Terbayangkan kebab yang kat pasar malam tu tapi mengenangkan pasar malam kat area umah saya baru lepas hari yang sebelumnya, maka datanglah idea nak buat kebab sendiri. Ni dia roti pita yang saya maksudkan...

Roti Pita Gandum
Roti tu saya belah dua dan bakar sekejap atas kuali leper. So macam ni lah rupanya roti yang dah dibakar...

Rupa roti pita selepas di bakar 

Lepas tu, saya siapkan pula intinya. Ni resepi yang saya guna :

Bahan inti :
1 ulas bawang merah (dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
3 keping daging burger (dicincang - saya guna ayam)
250g daging ayam cincang
sedikit rempah kari
sedikit garam
sedikit serbuk perasa
sedikit lada sulah

Bahan sayur :
setengah batang timun - disagat
setengah batang lobak merah - disagat
Caranya :
1. Tumis bawang putih + merah hingga agak garing. Masukkan sedikit rempah kari.
2. Setelah naik bau, masukkan daging cincang bersama daging burger yang telah dicincang tadi.
3. Masukkan garam, serbuk perasa dan lada sulah. Goreng sehingga daging masak.
4. Campurkan dengan sayur-sayuran tadi.

Inilah rupanya inti yang telah digaulkan dengan sayur-sayuran tadi...


Setelah itu, bolehlah inti tadi disumbat ke dalam roti tadi. Sebelum masukkan inti, lapiskan dengan sos cili dan mayonis dan ulang semula selepas inti dimasukkan.

Inilah hasilnya. Selamat mencuba!

Friday, May 18, 2012

Tawaran Pengambilan Agen/ Pengedar

Salam...

Berita baik buat anda yang ingin menambahkan pendapatan atau sedang mencari pendapatan sampingan. Kami kini kembali membuka peluang kepada individu yang berminat untuk menjadi agen/ pengedar bagi mengedarkan kek-kek mini keluaran kami.

Tawaran terbuka kepada semua yang berminat terutama sekali kepada para pelajar IPT, surirumah mahupun kakitangan sepenuh masa. Tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan buat masa ini, hanya dengan bermodalkan serendah RM 50 anda dapat memulakan perniagaan sendiri dengan kadar keuntungan sehingga lebih 50% (tertakluk kepada terma dan syarat).

Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut dan pendaftaran agen.

Antara kek mini keluaran kami...

Mini Chocolate Moist

Mini Carrot Cheese

Mini Brownies Cheese with Chocolate Chips
Insya Allah, aneka kek yang lain akan sya update di entry akan datang.

Salam Jumaat...:)

Wednesday, May 2, 2012

Mengidam Luar Musim...haha

Salam semua,

Kalau nak diikutkan, saya bukanlah peminat tegar durian walaupun memang suka makan durian. Nak makan, tapi banyak songeh *pengakuanberanimati*...kena durian fresh laa, xmo masuk dlm tupperware laa, x makan durian dlm fridge laa, x suka durian yg dah jadi masakan laa...macam-macam lagi laa ;)

Tapi sejak 2-3 minggu lepas dok ngidam nak makan serimuka durian (ngidam? ohh tidakkkk) sampaikan dah pusing 1 Shah Alam tapi tak jumpa-jumpa durian...sebab luar musim. Padan laa muka kan? Selalu eksen sangat...huhu. Nak dijadikan cerita...semalam masa pusing-pusing kat luar Giant ternampak plak ada jual durian kat pintu masuk tu. Cadangnya nak beli siap-siap tapi memandangkan ada urusan lain dan tak sanggup ruangan kereta tu dipenuhi dengan wangian durian...terpaksa laa dipendamkan dulu hasrat tu.

Malamnya tanpa berlengah-lengah (sebab kepala dah sepanjang hari dok memikirkan nak beli durian) terus ajak Mr Hubby gi beli. Elok sampai jer gerai tu dah hampir nak tutup sebab durian dah nak habis. Alhamdulillah...sempat jugak beli walaupun x banyak pilihan. Dan hasilnya....


Inilah dia Serimuka Durian yang diidam-idamkan :)

Memandangkan saiz satu loyang tu agak besar...leh dapat 64 biji...maka esoknya kuih serimuka ni jadi rezeki kawan-kawan pejabat. Respon kawan-kawan membuatkan saya rasa kembang semangkuk arini...marbeles!