Sunday, October 27, 2013

Resepi Pavlova

As salam semua,

Sudah agak lama rasanya saya tak berkongsi resepi. Jadi kali ini saya nak kongsikan resepi pavlova, hidangan yang begitu popular semenjak kebelakangan ini.

Pavlova ini boleh dibuat dalam pelbagai saiz, terpulang kepada citarasa masing-masing. Bagi yang bercadang hendak membuatnya dalam saiz mini, adunan boleh dipaipkan terus ke dalam cup kecil.

Bahan-bahannya :

120gram    putih telur
1 cawan     gula castor (boleh kurangkan jika mahu)
1/2 tbsp      tepung jagung
1 tsp            cuka masakan
1 tsp            esen vanilla

Cara-cara :

1. Pukul putih telur sehingga berbuih pekat. Pastikan bekas pengadun dan pemutar betul-betul kering dan bersih.
2. Masukkan gula castor sedikit demi sedikit. Putar sehingga adunan putih dan berkilat serta bertanduk (meringue).
3. Masukkan tepung jagung dan putar sebati.
4. Masukkan esen vanilla dan cuka. Kaup balikkan adunan dengan menggunakan spatula.
5. Paipkan adunan meringue mengikut saiz yang dikehendaki. Tinggikan sedikit di bahagian tepi.
6. Bakar pada suhu 150 C selama 15 minit dan turunkan suhu ke 120 C dan bakar lagi selama 1 jam atau sehingga pavlova berwarna pucat.
7. Setelah masak, biarkan pavlova di dalam oven yang telah dimatikan api dengan pintu yang sedikit terbuka selama 30 minit.
8. Hiaskan dengan krim putar dan buah.

Topping

250gram  whipping cream
30 gram   gula icing
1/2tsp       esen vanilla
Buah-buahan segar umtuk hiasan

Cara-cara :

1. Pukul whipping cream dan gula icing sehingga pekat dan adunan tidak jatuh.
2. Paipkan pada pavlova tadi dan susun buah mengikut kesukaan. Hidangkan sejuk.

Warna pavlova setelah masak
Paipkan topping krim putar ke atas pavlova
Hiaskan buah-buhan mengikut citarasa
Pavlova bersaiz sederhana



Tempahan Muruku Sempena Deepavali

As salam semua,

Alhamdulillah, dah selesai projek muruku sempena Deepavali yang akan disambut oleh masyarakat India pada minggu hadapan. Tempahan muruku halus dengan campuran kekacang di dalam balang. Untuk jenis muruku atau kerepek yang berlainan dan lain-lain jenis pembungkusan, sila hubungi saya di talian 012-2038424 untuk sebutharga.

Sebahagian dari muruku yang telah siap dibalangkan
Dalam proses memasukkan ke dalam kotak sebelum penghantaran

Tuesday, October 22, 2013

Lagi Tempahan Katering

Assalamualaikum semua,

Tempahan katering untu minum petang bagi meraikan sambutan harijadi kakitangan yang diterima baru-baru ini dari sebuah syarikat korporat di Bangsar. Alhamdulillah, tempahan tetap diterima sejak beberapa bulan lepas dengan menu yang berbeza tapi baru kali ni berkesempatan nak update.

Menu kali ini : 
Mee kari
Koew tiow goreng
Bubur pulut hitam
Cucur badak
Talam cendol
Puding marble
Cream puff
Fruit tart
Blueberry cheese cake bersaiz 12"



Monday, July 15, 2013

Biskut Raya 2013

As salam buat semua pembaca,

Berikut adalah senarai biskut/ kuih raya keluaran Dapur Fyza bagi tahun 2013. Tempahan masih dibuka buat masa ini sehingga pertengahan bulan Ramadhan. Bagi yang ingin membuat tempahan, sila hubungi talian 012-2038424.


Biskut yang kaya dengan rasa coklat dan badam dan  dihiasi dengan hiasan coklat putih diatasnya.
Cuma serendah RM 28.00 sebalang.

Biskut yang terlaris pada tahun ini. Biskut rangup yang  dipenuhi dengan kelazaran badam slice  dan  mix seed pasti membuatkan anda tak mahu berhenti mengunyah.
Cuma serendah RM 28.00 sebalang.

Biskut yang penuh dengan kelazatan rasa cheese, coklat, badam nibs dan kuaci serta ditambah dengan keenakan rasa coklat putih yang dihiasi di atasnya.
Cuma serendah RM25.00 sebalang.

Biskut dengan gabungan rasa oat dan buah cranberry yang sememangnya memikat hati.
Cuma serendah RM25.00 sebalang.

Biskut evergreen yang menjadi pilihan ramai. Dengan sebiji penuh badam dan disaluti dengan biskut yang rangup dan enak serta disaluti dengan penuh coklat.
Cuma serendah RM 25.00 sebalang.

Sangat sesuai bagi penggemar cookies dan biskut rangup di luar sana. Biskut yang penuh dengan kelazatan coklat, badam dan tak lupa juga chocolate chips.
Cuma serendah RM 25.00 sebalang.

Satu lagi biskut evergreen kegemaran ramai. Penuh dengan kelazatan rasa coklat, badam,  peanut butter dan chocolate chips.
Cuma serendah RM 25.00 sebalang.

Biskut rangup yang dipenuhi dengan keenakan rasa cornflakes dan kismis.
Cuma serendah RM 25.00 sebalang.


Biskut tradisional dengan citarasa masa kini.
Cuma serendah RM 25.00 sebalang.