Thursday, October 27, 2011

Kuih Talam Part 1




As salam dan selamat bertemu kembali...

Rindu sangat rasanya nak menulis di blog ni tapi itulah...kekangan masa ditambah dengan vitamin M yg semakin membiak kebelakangan ini membuatkan takde post terbaru dari saya. Masih aktif di dapur sebenarnya (dan sudah semestinya laa kan) cuma x menyempat-nyempat nak update. Untuk post kali ini saya nak update pasal kuih talam.

Saya sebenarnya dah lama sangat x ambil sebarang tempahan untuk kuih talam nie. Nak buat camana, request utk kuih frozen, katering dan kuih-kuih moden lebih banyak saya terima kebelakangan nie. Disebabkan dah terlampau lama x ambil sebarangan tempahan, tahap kekonfidenan nak amik tempahan tu pun agak kureng sket. Dan bagi memastikan tempahan saya selepas ni superb dan xde masalah, saya pun mencari kelas-kelas membuat kuih talam untuk polish balik skill lama tuh...hehehe...

Google punya google...jumpa laa satu kelas membuat kuih talam nih. Kelas kendalian Chef June nie mmg best...dia mmg peramah dan x kedekut ilmu. Nak2 pulak kelas dia dekat jer dengan rumah...mmg terbaek laa kan. Kuih2 talam dia pun mmg best. Dan sudah semestinya balik jer dari kelas terus buat balik semua kuih yg dah belajar tu utk polish balik skill yg dah tenggelam timbul tu. Hasilnya...alhamdulillah tidak mengecewakan. Nampaknya dah boleh ambil balik tempahan kuih talam lepas nie :)

Dan dalam pada dok 'menerai' test buat kuih2 tu semua...ada jugak order yg terselit nakkan talam cendol & cheese tart. Terima kasih buat tuan yg mengorder tu ekk...

Meh kita layan gambar....

~ Talam Serimuka Durian ~
yang nie mmg da best & menjadi pojaan ramai...

~ Koleh Kacang ~
lupa plak nak snap gambar lps kuar loyang...huhu

~ Talam Ubi Kayu ~

~ Talam Cendol ~
yang nie dh ada tuan yg mengorder...hehe

Talam cendol yang dah siap sedia untuk di buat delivery...

Wednesday, October 19, 2011

Cara Berlauk

As salam,

Ntah kenapa satu hari tu tetiba jer rasa cam nak makan kuih cara berlauk. Pagi tu selesai jer hantar tempahan kt area Shah Alam, terus je stereng kereta melenncong ke arah Pasar Seksyen 6...dengan harapan dapat laa makan kuih yang diidam2kan tu. Tapi memandangkan waktu sampai tu pun dah dekat jam 11 pagi...memang tinggal bekas kuih jelah jawabnya...huhu...

Tapi memandangkan mood pun tengah rajin, balik rumah je terus kuselongkar peti besi resepi cari resepi kuih cara berlauk. Tak sesusah mana pun nak membuatnya, yang penting vitamin M kena buang jauh2. Hehehe...





Bahan-bahan :

Bahan A
200ml santan pekat
200ml air
4 biji telur (saiz B)
150gm tepung gandum
1/2 tsp pewarna kuning
garam secukup rasa

Untuk Inti :

Bahan B
200gm daging kisar (boleh digantikan dgn daging burger jika suka)
1 tbsp rempah kari daging
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia
sedikit lada sulah
garam secukup rasa


Cara-caranya :

Campurkan kesemua bahan A di atas dan kemuadiannya dikisar menggunakan blender. Tapiskan adunan.

Untuk inti, tumiskan bawang merah, bawang putih & halia sehingga agak garing. Masukkan rempah dan kacau sehingga naik bau sebelum masukkan daging, garam & lada sulah.

Panaskan acuan dan sapukan sedikit minyak pada acuan. Tuang bahan A sehingga 3/4 acuan dan masukkan iinti. Hiaskan dengan hirisan cili merah dan daun saderi (sup). Tutup acuan dan tunggu sehingga masak. Gunakan api yang kecil sahaja.

Selamat mencuba!!!

Friday, October 14, 2011

Baking Project!!!

As salam dan selamat bertemu kembali....

Lama sungguh rasanya saya tidak mengupdatekan blog ini dek kekangan masa dan beberapa urusan lain yang tidak dapat dielakkan. Jangan risau...DapurFyza masih beroperasi seperti biasa cuma tiada latest update :). Di dalam celah2 kesibukan masih sempat lagi buat baking project resepi baru dengan sepupu merangkap sifu ~ Na Byla...hehehe. Akhirnya setelah sekian lama asyik bertangguh...

Memandangkan esoknya ada juga tempahan dari x-officemate, so kira sekali harung jelah baking project aritu. Dari pukul 3 petang sampailah ke tengah malam...akhirnya siap juga 5 jenis resepi termasuk order. Alhamdulillah...semuanya menjadi kecuali part apam polka dot @ ladybird...rasa memang marbeles...lembut & gebu tapi sayangnya akibat "terlalu ganas" angkat loyang masa nak mengukus....semua bentuk drawing dah lari. So kesimpulannya....xde laa gambar apam tu kali nie coz malu punya pasal. Next time kita wat lagi..

Ini je gambar2 yang sempat di snap memandangkan mmasing2 dah x larat  nk buka mata. Enjoice...

~ Triffle ~


~ Kek Karemel ~


~ Cantikkan corak kek nie bila dh di potong... ~
~ Cheese Pudding with Oreo ~ 




Hot Sale ~ Cheese Tart