Wednesday, October 19, 2011

Cara Berlauk

As salam,

Ntah kenapa satu hari tu tetiba jer rasa cam nak makan kuih cara berlauk. Pagi tu selesai jer hantar tempahan kt area Shah Alam, terus je stereng kereta melenncong ke arah Pasar Seksyen 6...dengan harapan dapat laa makan kuih yang diidam2kan tu. Tapi memandangkan waktu sampai tu pun dah dekat jam 11 pagi...memang tinggal bekas kuih jelah jawabnya...huhu...

Tapi memandangkan mood pun tengah rajin, balik rumah je terus kuselongkar peti besi resepi cari resepi kuih cara berlauk. Tak sesusah mana pun nak membuatnya, yang penting vitamin M kena buang jauh2. Hehehe...





Bahan-bahan :

Bahan A
200ml santan pekat
200ml air
4 biji telur (saiz B)
150gm tepung gandum
1/2 tsp pewarna kuning
garam secukup rasa

Untuk Inti :

Bahan B
200gm daging kisar (boleh digantikan dgn daging burger jika suka)
1 tbsp rempah kari daging
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia
sedikit lada sulah
garam secukup rasa


Cara-caranya :

Campurkan kesemua bahan A di atas dan kemuadiannya dikisar menggunakan blender. Tapiskan adunan.

Untuk inti, tumiskan bawang merah, bawang putih & halia sehingga agak garing. Masukkan rempah dan kacau sehingga naik bau sebelum masukkan daging, garam & lada sulah.

Panaskan acuan dan sapukan sedikit minyak pada acuan. Tuang bahan A sehingga 3/4 acuan dan masukkan iinti. Hiaskan dengan hirisan cili merah dan daun saderi (sup). Tutup acuan dan tunggu sehingga masak. Gunakan api yang kecil sahaja.

Selamat mencuba!!!

1 comment:

  1. TQ..fyza, wlaupun sy order last minute.. tp dpt disiapkan..on time. Anak sy bg 10/10.

    ReplyDelete