Tuesday, February 12, 2013

Resepi Butter Cake

As salam buat semua pembaca budiman,

Sudah terlalu lama rasanya saya tidak menulis sebarang entri di blog ini. Maafkan saya...tahap kesihatan saya yang kurang memuaskan membuatkan saya terpaksa menyepikan diri seketika dari mengemaskini blog kesayangan saya ini.

Keadaan kesihatan saya juga membuatkan saya terpaksa mengurangkan bilangan tempahan yang biasa saya terima. Walaubagaimanapun, saya masih mengambil sebarang tempahan seperti biasa cumanya saya cuba elakkan banyak tempahan pada hari yang sama. Jadi pada yang berminat untuk membuat tempahan, sila maklumkan lebih awal ye...

Namun, bagi memulakan entri pada bulan ini, saya nak berkongsi resepi pure butter cake...yang mana resepi ini pada saya memang sedap kerana ianya menggunakan pure butter dan bukannya butter biasa. Resepi ini saya dapat ketika mengikuti kursus kek dan bakeri beberapa tahun lepas. Chef yang mengajar pun saya sudah lupa namanya. Sekiranya penyumbang resepi asal kek ini ada terbaca blog ini, minta halalkan ye.

Resepi ini saya gunakan untuk sebarang tempahan butter cake, samada plain (vanilla, chocolate atau marble) atau kek untuk majlis khas seperti kek harijadi. Mari kita tengok resepi dan bahan-bahannya :



Pure Butter Cake

Bahan-bahannya :

500gm    Butter (SCS adalah yang terbaik tapi boleh juga gunakan Tatura)
400gm    Gula Kastor
8 biji       Telur (Gred B)
400gm    Tepung Rose (Merah)*
20gm      Baking Powder*
30gm      Susu Tepung (full cream)
2tsp        Esen Vanila

Cara-caranya :

1. Ayak adunan bertanda *.
2. Pukul buttter sebentar kemudian masukkan gula. Pukul sehingga gula cair dan adunan kembang (gunakan gear 2).
3. Tambahkan esen vanila ke dalam telur. Masukkan telur satu demi satu dan pukul hingga kembang.
4. Masukkan adunan yang telah di ayak tadi bbersama susu tepung sedikit demi sedikit. Pukul sehingga sebati.
5. Griskan loyang (boleh gunakan loyang 8x8 atau 9x9) dengan shortening dan lapik dengan kertas minyak.
6. Bakar kek pada suhu 180'C sampai masak.

Selamat mencuba! Tapi kalau agak-agak kurang rajin tu, boleh tempah je kat saya ;)

Butter Cake Version Marble
Kek ni saya jual dengan harga RM 30 sekilogram (saiz 8x8)


Monday, December 3, 2012

Durian Crepe in Da House!

Durian crepe in da house!

Berita baik buat semua pengemar durian...

Memandangkan sekarang ni tengah fenomena tsunami durian crepe dan ramai sangat yang bertanyakan DapurFyza x buat durian crepe ke...maka terhasillah durian crepe hasil air tangan DapurFyza. Feedback dari customer yang telah mencubanya...alhamdulillah memberangsangkan.

Diperbuat dari 5 jenis tepung dan di adun dengan adunan krim yang sangat istimewa, durian crepe ini pastinya sangat mengasyikkan dan membuai-buai rasa gitu kesedapannya. Yang paling penting...kene sejuk dulu baru makan. Memandangkan ianya tidak boleh bertahan lama meskipun berada di dalam suhu sejuk...lebih kurang 2 hari jer...maka durian crepe ini dihasilkan berdasarkan permintaan dan tempahan. Freshly made untuk anda...hihi.

Durian crepe ini bersaiz lebih kurang 1.5" x 2.5". Harga cuma RM 10 untuk 4 pcs. Kepada yang berminat untuk membuat tempahan, boleh hubungi saya macam biasa yer :)

Amaran keras : anda boleh jadi addicted bila dah start makan DC ini...tidak sesuai utk orang yang tengah berdiet sebab lepas ni kene start program diet anda balik...hahaha...

Gebu, padat dan menggiurkan...
Anda pasti addicted dengannya!

Monday, November 12, 2012

Tempahan Kuih Talam Sepanjang Minggu Lepas

Minggu lepas memang havoc dengan tempahan serimuka durian. Memandangkan kat Shah Alam ni especially kat area rumah saya ni tak banyak gerai menjual durian...maka menggagau jugalah nak mencari durian. Feedback dari customer semuanya sangat memberangsangkan..membuatkan saya rasa semakin bersemangat untuk buat kuih...chewahh.

Macam yang saya pernah cakap...serimuka durian ni memang sedap. Rasa sekali pasti nak lagi...hihi..tu komen kawan-kawan saya. Pada yang nak merasai keenakan kuih tradisional ini...bolehlah cuba ye. Kat bawah ni antara tempahan sepanjang minggu lepas..

P/s : Sapa tahu mana nak cari durian kat area sini? PM sy yer. Tq. :)

Tempahan dari Cik Ema Seksyen 16 Shah Alam ~ Sy dapat je terus makan. Sedap! Lepas ni boleh order lagi.
Talam Serimuka Durian

Tempahan dari Pn. Salmie Bukit Jelutong Shah Alam ~ Alhamdulillah semua abis...ngam2..semua feedback sedap. Insya Allah blh order lagi next time. Tq.
Talam Serimuka Durian & Talam Cendol

Tempahan dari Cik Shafina AU5 Hulu Klang ~ Ok...semua sedap. Tapi semua suka yang durian tu...
Serimuka Pandan, Talam Keladi & Serimuka Durian

Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang menempah ye. Next time jangan lupa tempah lagi :)

Monday, November 5, 2012

Khasiat Makanan Sunnah ~ Cuka Epal (sesuai untuk yg tengah nak turunkan berat badan) :)

Kali ni saya nak berkongsi tentang kelebihan salah satu makanan sunnah iaitu cuka.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda :

"Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada khal, sesunggguhnya khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus khal dalam suatu rumah." (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318).

Khal bermaksud bahan dari buah-buahan seperti kurma, epal dan anggur yang diperam untuk jangkamasa tertentu sebelum bertukar menjadi jus buah, seterusnya yis dan asid asetat sebelum bertukar sepenuhnya menjadi khal iaitu cuka (vinegar).

Kali ini saya nak berkongsi info tentang salah satu cuka iaitu cuka epal @ apple cider vinegar. Cuka epal ini banyak digunakan dalam program penurunan berat badan secara sihat kerana ianya dipercayai dapat membantu menahan lapar dan mengawal nafsu makan.

Pelbagai cara dapat digunakan bagi pengambilan cuka epal ini. Salah satu cara ialah memasukkan sedikit cuka epal ke dalam salad sebagai bahan dressing atau vinegrette bagi menggantikan mayonis atau thousand island. Ianya akan lebih enak sekiranya sald tersebut di tambahkan dengan sedikit madu dan minyak flax.

Selain itu, ianya boleh diminum terus dengan mencampurkannya dengan sedikit madu dan dibancuh dengan air suam lebih kurang 1/2 gelas. Campuran air ini dinamakan sebagai honergar (madu + cuka epal). Sekiranya diamalkan 3 kali sehari sebelum makan (pagi, tengahari dan malam), insya Allah, ianya mampu mengawal selera makan anda!

Cuka epal ini juga berupaya bagi menghilangkan kelesuan badan dalam masa beberapa jam selepas pengambilannya (yang ini memang terbukti sebab saya mengamalkannya). Bagi yang ada masalah kesihatan, anda disarankan untuk mengambil cuka ini sebelum waktu tidur.

Antara kelebihan cuka epal ialah :

1. Meningkatkan daya tahan tubuh;
2. Mencairkan lemak, menurunkan berat badan tanpa bberdiet serta membantu merendahkan kolestrol bahaya (LDL) dalam darah;
3. Melawan batuk, berpeluh malam, insomnia, kahak dan hempedu.;
4. Mengeluarkan kesan negatif ubat-ubatan;
5. Menambah metabolisma di bahagian badan tertentu;
6. Meredakan sengal dan sakit sendi (arthritis);
7. Mengawal stress dan mambantu tidur yang lebih nyenyak.

Itu antara sebahagian kelebihan cuka epal yang mana ianya lebih akan lebih efektif sekiranya diambil bersama madu. Ini adalah kerana madu dapat membantu bagi menambahkan tenaga dan meningkatkan daya ketahanan badan.


Cuka Epal plus Madu
Botol 500ml

Botol 500ml
Harga Pengenalan ~ Cuma RM 25 RM 23 sahaja

Untuk anda yang berhajat bagi mendapatkan cuka epal plus madu (apple vinegar plus honey) ini, boleh hubungi saya di 012-203 8424 (penghantaran disediakan diseluruh negara).