Rasulullah S.A.W pernah bersabda :
"Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada khal, sesunggguhnya khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus khal dalam suatu rumah." (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318).
Khal bermaksud bahan dari buah-buahan seperti kurma, epal dan anggur yang diperam untuk jangkamasa tertentu sebelum bertukar menjadi jus buah, seterusnya yis dan asid asetat sebelum bertukar sepenuhnya menjadi khal iaitu cuka (vinegar).
Kali ini saya nak berkongsi info tentang salah satu cuka iaitu cuka epal @ apple cider vinegar. Cuka epal ini banyak digunakan dalam program penurunan berat badan secara sihat kerana ianya dipercayai dapat membantu menahan lapar dan mengawal nafsu makan.
Pelbagai cara dapat digunakan bagi pengambilan cuka epal ini. Salah satu cara ialah memasukkan sedikit cuka epal ke dalam salad sebagai bahan dressing atau vinegrette bagi menggantikan mayonis atau thousand island. Ianya akan lebih enak sekiranya sald tersebut di tambahkan dengan sedikit madu dan minyak flax.
Selain itu, ianya boleh diminum terus dengan mencampurkannya dengan sedikit madu dan dibancuh dengan air suam lebih kurang 1/2 gelas. Campuran air ini dinamakan sebagai honergar (madu + cuka epal). Sekiranya diamalkan 3 kali sehari sebelum makan (pagi, tengahari dan malam), insya Allah, ianya mampu mengawal selera makan anda!
Cuka epal ini juga berupaya bagi menghilangkan kelesuan badan dalam masa beberapa jam selepas pengambilannya (yang ini memang terbukti sebab saya mengamalkannya). Bagi yang ada masalah kesihatan, anda disarankan untuk mengambil cuka ini sebelum waktu tidur.
Antara kelebihan cuka epal ialah :
1. Meningkatkan daya tahan tubuh;
2. Mencairkan lemak, menurunkan berat badan tanpa bberdiet serta membantu merendahkan kolestrol bahaya (LDL) dalam darah;
3. Melawan batuk, berpeluh malam, insomnia, kahak dan hempedu.;
4. Mengeluarkan kesan negatif ubat-ubatan;
5. Menambah metabolisma di bahagian badan tertentu;
6. Meredakan sengal dan sakit sendi (arthritis);
7. Mengawal stress dan mambantu tidur yang lebih nyenyak.
Itu antara sebahagian kelebihan cuka epal yang mana ianya lebih akan lebih efektif sekiranya diambil bersama madu. Ini adalah kerana madu dapat membantu bagi menambahkan tenaga dan meningkatkan daya ketahanan badan.
Cuka Epal plus Madu Botol 500ml |
Botol 500ml Harga Pengenalan ~ Cuma |
Untuk anda yang berhajat bagi mendapatkan cuka epal plus madu (apple vinegar plus honey) ini, boleh hubungi saya di 012-203 8424 (penghantaran disediakan diseluruh negara).
fiza, pm aku. berminat la :) - suraya
ReplyDelete