Monday, August 3, 2015

Ketupat Palas Frozen

Bismillah.

Dulu-dulu kan, kalau nak makan ketupat palas mesti nak kena tunggu time raya. Boleh je sebenarnya nak makan pulut lemak buat lepas gian tapi tak feel la pulak. Nak-nak pulak mengidam time mengandung...iskk...memang menangis tak berlagu laa...

Mana tidaknya, dulu-dulu bukan senang nak dapat daun palas macam sekarang. Dulu daun palas seakan bermusim macam musim durian. Sekejap ada sekejap tak ada. Kalau dah dapat daun pun belum tentu pandai balut...ish ish ish...

Tapi sekarang ni kan...

Setakat mengidam nak makan ketupat palas tu, insya Allah bila-bila masa je boleh dapat. Tak payah nak susah payah nak cari daun palas lepas tu nak kena tanak pulut, balut ketupat bagai.

Cuma perlu keluarkan ketupat palas frozen dari peti sejuk, lepas tu boleh terus rebus atau kukus dalam 10-15 minit dan taraaa...dah siap pun ketupat. Dah boleh cicah dengan serunding ready stock kat rumah tu.

Ketupat palas ni termasuk dalam kategori makanan popular dimusim raya ni (walaupun raya dah nak sampai ke penghujung). Boleh dijadikan hidangan utama mahupun tambahan semasa open house. Bila tetamu datang tengok ketupat palas, mesti diorang kagum betapa hebatnya anda balut ketupat. Wah gituu...

Tapi tak semestinya musim raya je. Jadikan breakfast anak sebelum ke sekolah ataupun hidangan emergency waktu lapar tengah malam pun boleh ;)

Dengan sukacitanya kami nak bagi harga promosi ketupat palas frozen kat anda - cuma RM22/kg.

(Kandungan 1kg lebih kurang 17-20 biji ketupat)

Berminat? Hubungi hotline kami segera di 012-2038424 (mohon tinggalkan sms/ whatsapp sekiranya panggilan tidak berjawab).

Daun palas

Beras pulut (beras susu)

Pulut lepas ditanak atau orang panggil pulut lemak

Ketupat palas selepas siap dibalut

Ketupat palas yang telah siap diikat dan dipotong tangkai

Ketupat palas yang telah siap untuk difrozenkan

Sunday, October 19, 2014

Lagi Pilihan Kek dari Dapurfyza

As salam dan selamat sejahtera,

Disebabkan ramai pelanggan yang asyik bertanya apa lagi kek yang saya buat, di sini saya kemaskinikan antara kek yang selalu ditempah pelanggan dan juga kek-kek yang lain.

Yang mana tidak terdapat dalam senarai kek yang anda kehendaki, boleh request dengan harapan saya boleh buat kek tu...hahaha

Kek-kek ini bukan sahaja untuk majlis harijadi, tetapi juga untuk pelbagai majlis seperti pertunangan dan perkahwinan mahupun untuk majlis-majlis di pejabat seperti majlis perpisahan dan majlis mesyuarat.

Kek lain yang saya pernah update sebelum ni seperti biasa, masih dikekalkan cuma dari segi harga kena semak dangan saya semula almaklum barang-barang kek sekarang ni naik mencanak-canak.

Maafkan saya ye, bukan saya sesuka hati hendak menaikkan harga produk tapi saya terpaksa demi untuk cover cost saya yang terlibat. Tapi jangan takut, saya masih mengekalkan rasa dan kualiti kuih dan kek Dapur Fyza seperti yang anda semua ketahui selama ini. Harap memahami ye.

Chocolate Moist Cake

Sliced Rainbow Cake

Double Chocolate Indulgence

Blueberry Cheese Cake

Caramel Cake

Chocolate Moiat Cake

Pure Butter Cake

Cheese Cake
Snowy Peach Cake

Snowy Peach Cake
Mini Red Velvet Cake
Blueberry Cheese Cake

Pecan Butterscoth Cake
Fruit & Nuts Cake
Pure Buttercake with Special Buttercream
Japanese Cotton Cheese Cake
White Macadamia Cake
Walnut Caramel Cheesecake in Container
Hello Kitty Rainbow Cake
Special Rainbow Cake
Chocolate Caramel Cake
Rainbow Cake



Tuesday, October 14, 2014

Cerita Lawak Minggu Ini

Assalamualaikum dan apa khabar?

Hari ni saya nak lari tajuk sikit dari makan, makan dan makan. Walaupun masih dalam kategori makanan, tapi cerita ni bila diingat cukup untuk buat saya ketawa sendiri...

Beberapa hari lepas saya ke pasaraya dengan hajat nak membeli daun ketumbar. Kebiasaannya untuk kenalpasti daun ketumbar saya akan bau daun tersebut kerana bau daun ketumbar ni agak kuat berbanding daun sup.

Tapi nak dijadikan cerita kali itu saya dan ambil dan letak daun tu dah lebih 4 kali, tapi masih tak dapat nak kenalpasti daun apa. Hidung tersumbat agaknya masa tu..hihi

Kebetulan berdekatan situ ada seorang pekerja bangla tengah menyusun sayur. Saya pun dengan selamba badaknya tanya kat dia "hello, ni daun ketumbar ke daun bawang?" "Daun sup..."

Hahahaha....rupa-rupanya saya sendiri tersilap antara nak sebut daun sup dengan daun bawang. Malu weh...kat orang lelaki pulak tu. Bangla lagi. Rasa macam nak masuk kepala dalam baju....:p

So moral of the story, kalau kepala tengah tak berapa nak betul tu, tak payah la nak pegi shopping ke hape ke. Duduk je dendiam kat rumah. Jangan buat malu diri sendiri....malu woiiii

P/s : supaya korang tak jadi macam saya, jadi saya sertakan gambar daun-daun yang berkenaan ye

(Kredit gambar dari google)

Ni nama dia daun ketumbar
Ni pulak nama dia daun sup
Ini pulak daun bawang

Monday, October 13, 2014

Resepi Snow Cheesy Cake

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kali ni saya nak kongsikan resepi kek snow cheesy yang saya pernah belajar dari Chef Azli tak berapa lama dahulu.

Kek ni memang sedap, seakan-akan kek cheese leleh tapi bezanya kek ini lebih sesuai dibuat dalam bentuk wholecake sebab teksturnya lebih stabil berbanding kek cheese leleh yang lebih lembut.

Bagi saya sendiri, makan kek ini membuatkan saya addicted sebab memang cheezy habis. Jadi makanya saya pun malas nak buat lagi. Boleh gitu? Hahaha...

Bahan A

Kuning telur                 6 biji
Putih telur                     2 biji
Gula kastor                   100 gram
Ovallete                         12 gram

Bahan B

Tepung Hong Kong     130 gram (jangan risau kat Malaysia pun boleh dapat :p)
Baking powder             5 gram

Bahan C

Air sejuk                        70 gram (pastikan betul-betul sejuk ye)
Esen vanila                    1 tsp

Bahan D

Minyak jagung            75 gram


Cara-caranya :

1. Putar kuning telur, gula kastor dan ovallette sehingga kembang.
2. Masukkan putih telur dan putar sekejap sahaja.
3. Masukkan bahan B dan putar.
4. Masukkan bahan C dan putar.
5. Akhir sekali masukkan bahan D dan putar.
6. Bakar dengan menggunakan teknik water bath selama 40-45 minit dengan suhu diantara 160°c - 180°c (bergantung kepada jenis oven)
7. Keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk seketika.

Bahan topping@frosting

Cream cheese             250 gram
Susu pekat                   120 gram
Fresh cream                150 gram
Cheddar cheese          sagat sesedap rasa

Cara-caranya :

1. Pukul cream cheese dan susu pekat sehingga sebati.
2. Pukul fresh cream sehingga soft peak (tak perlu sampai bertanduk)
3. Masukkan fresh cream yang telah jadi soft peak tadi ke dalam adunan no 1.
4. Salutkan adunan ke seluruh kek.
5. Taburkan cheddar cheese yang telah di sagat sesuka hati.

Taraaaa....dah siap. Senang je kan. Kalau dah cuba nanti boleh bagi feedback kat sini nanti ya :)

P/s : kalau rajin nak buat layer macam kat dalam gambar, boleh je potong kek kepada beberapa lapisan dan sapu dengan frosting sebelum lapis dengan lapisan seterusnya.