Wednesday, July 27, 2011

Tempahan Juadah Sempena Hari Raya Kini Dibuka!!!

Serikan hidangan hari raya anda tahun ini dengan mini cheese tart yang pastinya mampu membuatkan tetamu anda terpesona dengan rasa dan keenakannya. Berikan kelainan pada hidangan hari raya anda selain daripada biskut-biskut raya yang menjadi kebiasaan setiap kali musim raya dengan menghidangkan sesuatu yang unik, lain drp yang lain dan sudah pastinya hanya yang terbaik .

Untuk makluman para pelanggan kami yang budiman, tempahan kek dan cheese tart sempena hari raya kini dibuka sehingga 7 Ogos 2011. Kepada yang ingin menempah, sila hubungi saya secepat mungkin memandangkan tarikh tempahan adalah bergantung kepada jumlah tempahan yang diterima. Perkhidmatan penghantaran disediakan di sekitar Lembah Klang dgn kos penghantaran yang minima.


Variety Cheese Tart Flavor
~ Blueberry
~ Strawberry
~ Kiwi
~ Lemon


Cheese Tart in box
~ RM 35/ box/ 50 pcs

Choc Moist Cake with Twin Choc Chips
Promotion for Hari Raya!!!
Available in 2 sizes
~ 1/2 kg ~ only RM 12.00
~ 1 kg ~ only RM 25.00
Cheese Cake
Also available in 2 sizes
~ special pack 350g ~ only RM 15.00
~ 1 kg ~ only RM 45.00



Sunday, July 24, 2011

Friday, July 22, 2011

Kuih Tart Sempena Hari Raya



Pelbagai rasa kuih tart boleh didapati, antaranya: 
  • Tart Oren - RM24/50 pcs & RM17/30 pcs
  • Tart Apple - RM24/50 pcs & RM17/30 pcs
  • Tart Nenas - RM24/50 pcs & RM17/30 pcs
  • Tart Nangka - RM28/50 pcs & RM18/30 pcs

Monday, July 18, 2011

Kek terbaru dari Dapur Fyza

As Salam...

Jangan lupa dapatkan kek keluaran terbaru dari kami...Peach Cake. Rasanya yang masam-masam manis dengan tekstur  kek yang lembab lagi gebus (cam tuannya jugak...ecehh) pasti membuatkan anda terasa macam nak makan berulang kali. Harga promosi cuma RM 30.00/ kg. Juga terdapat dalam special pack ngan harga yang memang special...cuma RM 10.00/ pek. Tak percaya??? Cubalah...





Lagi pulut kuning

Saya dapat sms dari Fauziah (Subang Jaya) beritahu yg dia nak menempah pulut kuning dengan rendang untuk majlis makan kat nursery sempena anaknya dapat naik Al-Quran. Jadi memandangkan majoriti para hadirin kanak-kanak, rendang yang saya buat kali ini agak kurang pedas sedikit. Dan last minute Fauziah juga menambah kuantiti tempahan dengan 2 jenis frozen food, sosej dan sardin roll. Nak try katanya...

Alhamdulillah. Respon yang saya dapat dari Fauziah selepas itu sangat memberangsangkan. Lepas ni boleh laa repeat order yea Fauziah...:D




Cheese again!!!

Kali ni order dari seorang kawan semuanya cheese product...2 kotak cheese tart, 12 pcs orange cheese cupcakes & 12 pcs strawberry jelly cheese. Hmmm...nak wat kenduri ke kak? Nak bagi anak aku makan puas sblm balik hostel katanya. Bila dikorek2...baru laa tau yg dia nak wat sample jual kt kengkawan. Waaa...terharu aku kak! Tima kasih byk2. I lap u lah....muah...muah...muah..





Sunday, July 17, 2011

Birthday cake buat abang

As Salam...

Kek nie ditempah oleh seorang ex-officemate. Untuk sambut birthday abang dan kakak ipar katanya. Bertuah badan dapat adik camni, kan? Bila ditanya...Watie kata nakkan chocolate rich moist cake...2 kg. Jadi, inilah hasilnya...





Dapur Fyza Signature Cakes

As Salam...

Dah lama sangat dah saya nak update pasal kek-kek keluaran Dapur Fyza nih tapi cam biasalah...sibuk manjang. Tambahan pula dgn assignment yang menimbun-nimbun...mmg x keruan hidup jadinya...kekeke. Tapi at last siap jugak assignment utk semester ni. Alhamdulillah....

Berbalik pada cerita pasal kek...kek-kek ni suma mmg fresh from the oven...biasanya saya cuma buat based on request coz kek-kek ni semua saya tak masukkan sebarang preservative (betul ke ejaan ni hah) so ianya hanya mampu bertahan dalam masa 1 minggu kalau diletakkan pada suhu bilik. Tapi kalau masuk fridge lebih lama jangka hayatnya...

Kek ni dijual dalam pelbagai saiz. Boleh beli by kg atau ikut saiz bekas. Bagi yang baru ingin mencuba atau cuma inginkan pencuci mulut di waktu lapang, bolehlah dapatkan special pack yang saya jual diantara RM 10 - RM 15 sebekas. Tapi insya Allah, mutu dan kesedapannya dijamin. Bukan saya saja-saja promote ye...tapi berdasarkan drp feedback dari customer2 saya sblm ini.

Untuk yang berminat nak membeli atau nak jadi agen...boleh hubungi saya ye....

Choc Moist Cake with Choc Chips in 1/2kg packaging
~ RM 12.00 ~
Choc Moist Cake with Choc Chips in Mini Packaging
(sangat sesuai dijadikan doorgift atau cenderahati)
~ RM 1.80/ cup ~
Our Signature Product
Cheese Cake
~ RM 45.00/ kg ~

Cheese Cake in Special Pack
~ RM 15.00/ pack ~
 
Plain Carrot Cake
~ RM 40.00/ kg @ RM 12.00/ special pack ~
 
Carrot Cheese Cake
~ RM 45.00/ kg ~

Carrot Cheese Cake in Special Pack
~ RM 15.00 ~


Tempahan lunch

As Salam....

Baru-baru ni saya ada menerima tempahan dari kenalan lama sebelah keluarga suami. Katanya nak buat tempahan makan-makan di pejabatnya esok. Errkkk...esok? Katanya....Fyza, akak mintak tolong sangat-sangat. Bos akak baru bagitau last minute...dh pening kepala dh ni. Mujurlah esoknya tu saya xde tempahan lain. Tapi kelam-kabut juga nak mencari bahan2 utk masakan ni.

Ntahlaa...dah rezeki saya selalu dapat tempahan last minute kot. Tapi untuk tidak menghampakan hati pelanggan dan kalau tak bertembung dengan tempahan lain...biasanya saya terima juga. Cumanya lebih baik kalau bagi saya notis 2 - 3 hari lebih awal. Sempatlah saya buat persediaan apa yang patut.

Apapun, terima kasih buat Kak Nora kerana sudi order. Next time leh order lagi ekk. Hmmm...apalaie, meh kita jamu mata...

Nasi Tomato
Ayam Masak Merah
Acar Jelatah

Dalca...pemandangan dari dlm flask...ni laa akibatnya lupa nk  ambil gambar awal2...hihi

Mari memasak bersama Chef Sabri

Pada 20/06/2011 yg lalu, saya telah menghadiri satu sessi memasak bersama Master Chef - Chef Sabri anjuran Buffalo Shah Alam. Alaa...chef yg selalu masuk tv3 rancangan memasak tajaan adabi yg selalu wat penggambaran kt negara arab tu :). Bagus chef Sabri nie...x kedekut ilmu. Sambil-sambil dia mengajar masak tu sempat lagi dia bagi tips-tips yang sgt berguna di ceruk dapur. Tu yang best sgt tu.

So apalagi...meh kita layan gambar...

 Chef tgh tekun potong sayur...

Taraa...nie laa dia nasi Mandy Yeman...lawa x bunga atas nasi tuh ;) 

 Daging Masak Kashmir

 Sup Tulang Berempah...ni leh lawan sup doraisamy nih...

 Salad utk dipartnerkan dgn nasi mandy yamen td...

Sempat lg berposing ngan chef...suke...suke...suke...

So sesapa lepas ni yg berhajat nk tempah set nasi mandy ni dipersilakanlah yer...