Hari raya Aidiladha 2 hari lepas memang meriah buat kami sekeluarga. Biarpun hanya beraya di Shah Alam, tetapi memandangkan semua adik beradik dapat berkumpul, jadi memang huru-hara jadinya suasana. Selain dari menu biasa hari raya, sebelah petangnya kami berkumpul untuk buat barbecue pulak. Menu untuk bbq kali ini ~ kepak ayam panggang rempah, kambing panggang rempah, hotdog dan menu special - kepak ayam panggang madu.
Malam sebelumnya saya dah menggodek-godek dalam Google nak cari resepi, tapi tak ada pulak yang memenuhi piawaian mahupun match dengan bahan-bahan yang sediada kat rumah. Memandangkan dah malas nak keluar semula ke kedai untuk cari bahan tambahan, maka terhasillah resepi kat bawah nie. Walaupun sekadar resepi ikut sedap tekak, namun hasilnya marvellous you! Hehehe...bukan saya yang cakap yer, tapi en. hubby yang beria-ria cakap sedap. Kira sedap laa tu kan...:)
Bahan-bahannya :
1 1/2 kg kepak ayam
5 ulas bawang putih
5 cm halia
3 sudu besar sos tiram
3 susu besar kicap masin
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh jus lemon
100ml madu (lebih banyak lebih sedap)
sedikit lada sulah
3 biji asam boi merah
Cara-caranya :
1. Basuh kepak ayam dengan tepung. Bilas dan toskan.
2. Kisar halus bawang putih dan halia. Masukkan ke dalam bekas ayam bersama bahan lain. Gaul sebati.
3. Masukkan asam boi (hehe...ni petua spontan untuk cantikkan warna ayam).
4. Perap semalaman sebelum bakar/ panggang.
Kepak ayam selepas di perap ~ lebih lama masa perap, lagi sedap tau! |
Kepak ayam madu ketika dipanggang ~ maaf ye..gambar kelabu sket akibat dari gangguan asap |
Close-up sket ~ kasi korang terliur...hehe :p |
Tapi malangnya gambar ayam atas pinggan tak sempat nak snap, sebab masing-masing dah tak tahan godaan...haha
madu dan kicap nak letak tiimmee bbiileeee? streess aku weyyyyy
ReplyDeleteletak time lepas masuk bahan kisar utk kasik perap sekali. kan ada ayat "bersama bahan lain" tue...;)
ReplyDelete'Asam boi' tu ape ek?
DeleteAsam boi tu sejenis asam berbentuk agak bulat yang selalu digunakan untuk buat air asam boi. Makan terus sebagai kudapan pun sedap jugak. Setahu saya ada 2 warna, 1 kelabu dan 1 lagi merah. Untuk resepi ni gunakan warna merah untuk warna yang lebih menarik :)
DeleteMohon d copy resepinya ya,dah terliur ni nak cuba....
ReplyDeleteBoleh, tak ada masalah. Boleh juga di share sekiranya dirasakan ianya memberi manfaat kepada yang lain :)
DeleteSenang , mudah dan sedap. Dah cuba ke? kalau dah boleh bagi feedback disini :)
ReplyDeleteLaw kuntiti ayam yg banyak contoh 10 kilo??
DeleteMaaf kak pengen beljar sya dari indonesia
ReplyDelete