As salam...
Baru-baru ini saya sempat menghadiri kelas demo tart di 2 Ply Klang. Resepi yang digunakan untuk membuat tart shell atau kulit tat agak berlainan dari resepi yang biasa saya gunakan sebelum ini. Walaubagaimanapun, kulit tart ini masih lagi rangup seperti resepi sebelum ini, cumanya ianya lebih mudah kerana menggunakan mixer berbanding resepi sebelum ini yang menguli sepenuhnya dengan menggunakan tangan.
Resepinya jom kita tengok di bawah :
250gm Butter
125gm Gula Aising
1 biji Telur
400gm Tepung Kek
Cara-caranya :
1. Masukkan butter dan gula aising ke dalam bekas. Putar sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan putar lagi sehingga sebati (jangan terlalu lama).
3. Masukkan tepung dan putar sebati.
4. Terap adunan ke dalam acuan tart.
5. Bakar selama 15 minit pada suhu 170C.
Nanti kepada sesiapa yang sudah mencuba kedua-dua versi resepi ni boleh kongsikan komen di bawah ye :)
No comments:
Post a Comment