Salam buat semua pembaca...
Memandangkan sambutan hangat yang saya terima dari entri berkaitan mesin tart tempohari, saya telah berusaha mendapatkan supplier bagi mesin kulit tart ini. Dan alhamdulillah...berjaya juga akhirnya. Untuk makluman, harga mesin kulit tart @ tart press machine @ tart mould machine ni adalah RM 1,000 seunit...untuk 4 acuan bagi setiap pressing. Sangat sesuai bagi kulit tart bersaiz mini @ 4.5cm
Untuk yang berminat, sila pm saya untuk pre-order sebelum 14hb ini...insya Allah barang akan sampai sekitar 20hb Julai. Masih sempat lagi kalau nak terima tempahan raya coz mesin ni akan lebih memudahkan kerja anda. Oh ya...penghantaran boleh dibuat disekitar Lembah Klang.
Wednesday, July 11, 2012
Wednesday, July 4, 2012
Kurma Gift Packaging
As salam buat semua pembaca yang budiman,
Lanjutan daripada maklumbalas pelanggan-pelanggan saya berkaitan entri Kurma Corporate Gift tempohari, di sini saya uploadkan lagi tambahan contoh-contoh packaging yang kami sediakan. Saya sengaja tidak meletakkan harga bagi setiap packaging kerana setiap packaging adalah berbeza berdasarkan kepada jenis packaging dan jenis serta berat kurma yang dikehendaki.
Walaubagaimanapun, kami akan memberikan sebutharga bermula dari budget packaging sehinggalah kepada VIP packaging. Untuk makluman, harga bermula dari serendah RM 10 ke atas. Tambahan harga akan dikenakan bagi setiap hiasan tambahan seperti reben dan lain-lain.
Kepada yang berminat, sila hubungi saya untuk sebutharga dan maklumat lanjut.
Sample packaging yang lain akan saya uploadkan dalam masa terdekat ini. Insya Allah.

Bahan : Kayu
Saiz : 11.5” x 8.5” x 1.5”
Warna : Silver/ Gold
Kuantiti Maksima/ kotak : 1 kg |
Bahan : Kayu
Saiz : 8” x 8” x 1.2”
Warna : Bright Yellow
Kuantiti Maksima/ kotak : 500g |
Bahan : Kayu
Saiz : 7” x 4.5” x 3”
Warna : Silver/ Gold
Kuantiti Maksima/ kotak : 750g - 1kg |
Bahan : Kayu
Warna : Gold
Kuantiti Maksima/ kotak : 500g
|
Bahan : Plastik
Warna : Putih
Kuantiti Maksima/ kotak : 250g
|
Sample packaging yang lain akan saya uploadkan dalam masa terdekat ini. Insya Allah.
Tuesday, June 26, 2012
Dates/ Kurma Corporate Gift
Sempena kedatangan ramadan al-mubarak tidak beberapa lama lagi, DapurFyza telah menyediakan beberapa jenis pembungkusan/ packaging untuk kurma yang amat bersesuaian untuk Corporate Gift. Berikut adalah beberapa contoh packaging yang disediakan oleh kami :
![]() |
Bahan : Dawai / Plastik
Saiz : 9.5” x 5.5” x 2”
Warna : Putih
Kuantiti Maksima/ kotak : 1 kg
|
![]() |
Bahan : Mengkuang/ Jerami
Saiz : 7.5” x 5” x 3”
Warna : Coklat Muda/ Krim
Kuantiti Maksima/ kotak : 1 kg |
![]() |
![]() |
Bahan : Kayu
Saiz : 8” x 3.5” x 2.5”
Warna : Putih
Kuantiti Maksima/ kotak : 750g |
![]() |
Bahan : Kayu
Saiz : 7” x 4” x 3”
Warna : Putih
Kuantiti Maksima/ kotak : 750g |
![]() |
Bahan : Kayu
Saiz : 10.5” x 6” x 1.5”
Warna : Perak/ Coklat
Kuantiti Maksima/ kotak : 750g |
![]() |
Bahan : Kertas (Keras)
Saiz : 7” x 5.5” x 4”
Warna : Coklat
Kuantiti Maksima/ kotak : 1 kg
|
Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut dan sebutharga.
Resepi Kebab Roti Pita
As salam dan salam ceria utk semua...
Minggu lepas ketika membeli belah barangan dapur, saya ternampak bungkusan roti pita di celahan rak-rak roti. Terbayangkan kebab yang kat pasar malam tu tapi mengenangkan pasar malam kat area umah saya baru lepas hari yang sebelumnya, maka datanglah idea nak buat kebab sendiri. Ni dia roti pita yang saya maksudkan...
| Roti Pita Gandum |
| Rupa roti pita selepas di bakar |
Lepas tu, saya siapkan pula intinya. Ni resepi yang saya guna :
Bahan inti :
1 ulas bawang merah (dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
3 keping daging burger (dicincang - saya guna ayam)
250g daging ayam cincang
sedikit rempah kari
sedikit garam
sedikit serbuk perasa
sedikit lada sulah
Bahan sayur :
setengah batang timun - disagat
setengah batang lobak merah - disagat
Caranya :
1. Tumis bawang putih + merah hingga agak garing. Masukkan sedikit rempah kari.
2. Setelah naik bau, masukkan daging cincang bersama daging burger yang telah dicincang tadi.
3. Masukkan garam, serbuk perasa dan lada sulah. Goreng sehingga daging masak.
4. Campurkan dengan sayur-sayuran tadi.
Inilah rupanya inti yang telah digaulkan dengan sayur-sayuran tadi...
Setelah itu, bolehlah inti tadi disumbat ke dalam roti tadi. Sebelum masukkan inti, lapiskan dengan sos cili dan mayonis dan ulang semula selepas inti dimasukkan.
Inilah hasilnya. Selamat mencuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)