Wednesday, September 26, 2012

Resepi Laksa Utara

Salam buat semua...

Kalau nak diikutkan, banyak resepi yang saya nak updatekan untuk musim raya yang baru berlalu tapi apakan daya...tak ada rezeki. Tapi walaubagaimanapun insya Allah saya akan update satu persatu resepi yang bukan hanya sesuai untuk di buat semasa musim open house tetapi juga di hari-hari biasa (kalau ada kelapangan dan tahap kerajinan yang tinggi...hehe).

Untuk kali ini, saya nak share resepi laksa utara. Utara kat mana...kedah, penang, perlis? Hentam sajalah memandangkan resepi-resepi itu semua memang tidak jauh beza rasanya...bergantung kepada bahan dan tuan tangan yang membuatnya.

Okey...tanpa membuang masa...mari kita tengok bahan-bahannya :

Laksa
Rebus laksa hingga lembut. Sekiranya anda menggunakan laksa yang jenis keras (laksa beras), masa rebusan lebih kurang setengah jam. Pastikan laksa betul-betul lembut (bukan lembik yer) sebelum disejat kerana laksa jenis ini kebiasaannya lenbut bila di picit semasa panas tetapi agak keras bila sudah disejat.

Kuah
Bahan-bahannya :

1kg ikan kembung/ mabong
5 keping asam gelugor/ keping - saiz sederhana
20 biji cili kering
2 labu bawang besar
3cm belacan (lebih kurang sebesar ibu jari)
1 batang bunga kantan - di hiris halus
2 tangkai daun kesum - ambil daun sahaja
1 tin besar sardin - blend hingga hancur (optional)

Cara-caranya :

1. Ikan kembung/ mabong dibersihkan dan direbus sehingga mendidih. Masukkan asam gelugor ketika merebus ikan.
2. Asingkan isi dan tulang ikan. Blend isi ikan terlebih dahulu dan masukkan semula ke dalam periuk tadi (jangan buang air rebusan tadi - boleh digunakan semasa mengisar isi ikan tapi jangan kisar asam gelugor sekali pulak ye :))
3. Kisar tulang ikan hingga hancur dan tapis airnya ke dalam periuk tadi. Tapi kalau tak confident takut tulang ikan termasuk sekali boleh tapis masuk ke bekas lain dahulu sebelum masuk ke dalam periuk.
4. Kisar hingga halus bahan-bahan bertulisan pink kat atas yer. Lepas tu boleh masukkan sekali ke dalam periuk bersama-sama dengan bunga kantan dan daun kesum.
5. Rebuskan kuah hingga mendidih dengan api yang sederhana. Masukkan sardin yang telah dikisar tadi untuk memekatkan kuah (sekiranya mahu)Masukkan garam dan perasa secukup rasa. Asam keping boleh ditambah sekiranya kurang masam tapi jangan terlalu banyak kerana ianya mengambil masa untuk kembang dan akan semakin masam.

Petua :
Kuah laksa akan menjadi lebih sedap sekiranya lebih lama didihkan/ dipanaskan. Kebiasaannya untuk makan keesokannya, saya akan menyediakan kuah laksa pada waktu malam dan panaskan kuah tersebut keesokannya. Ianya juga lebih memudahkan kerjja kerana keesokannya hanya perlu merebus laksa dan menyediakan bahan hiasan.

Hiasan
Telur rebus
Daun selom - dimayang halus
Timun - dimayang halus
Bawang besar - dihiris nipis
Ulam raja - dimayang halus
Cili merah/ cili padi - dihiris halus
Limau nipis/ kasturi - di belah dan di buang biji

Bahan hiasan di atas biasanya ditabur atas laksa selepas dituang kuah untuk menjadikannya lebih menarik. Tapi boleh jer kalau nak letak bahan hiasan dulu baru kuah - at last masuk perut jugak...hehe.

Selamat mencuba dan menjamu selera!!!!

Laksa Utara
(ini jer yang sempat di snap sebab masing-masing dah tak sabar nak makan)


No comments:

Post a Comment