Tuesday, February 12, 2013

Resepi Cream Puff

As salam semua...

Masih dalam mood nak berkongsi resepi...hehe. Kali ini nak kongsi resepi cream puff pulak. Jom tinjau resepi :

Cream Puff (Choux Pastry)

Bahan-bahannya :

200ml   Air
90gm    Mentega
4tsp      Gula Kastor
125gm  Tepung Superfine
4 biji     Telur (gred B)

Cara-caranya :

1. Didihkan air dan mentega di dalam periuk hingga mula berbuih. Ketepikan.

2. Masukkan tepung dan kacau. Letakkan semula periuk atas api kecil dan kacau sehingga adunan tidak melekat pada dinding periuk.


3. Tutupkan api dan biarkan sehingga agak sejuk.

4. Masukkan telur dan kacau sebati (gunakan hand mixer).

5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan mengikut saiz yang dikehendaki ke atas kertas minyak yang telah diletakkan di dalam dulang (sekiranya taiada kertas minyak, lengserkan sedikit minyak masak pada dulang untuk elakkan dari melekat).

6. Spray sedikit adunan dengan air sebelum dibakar.

7. Bakar pada suhu 200'C selama 15 minit dan turunkan suhu ke 180'C. Bakar lagi sehingga keperangan.

8. Setelah pastry masak, keluarkan dari oven dan buat lubang kecil pada bahagian bawah dengan cepat untuk mengelakkan pastry menjadi lembik (atau boleh juga belah pastry separuh, jangan sampai putus).

Cream Custard

Bahan-bahannya :

2tbsp       Tepung Superfine
2tbsp       Tepung Kastad
8tbsp       Gula Kastor
2 cup       Susu Segar
2 biji        Telur @ 4 biji kuning telur
2tbsp       Mentega

Cara-caranya :

1. Campurkan tepung superfine, tepung kastad dan gula kastor ke dalam periuk.

2. Masukkan 4tbsp susu segar dan kacau sebati. Masukkan telur dan kacau lagi.

3. Masukkan baki susu segar dan kacau hingga sebati.

4. Panaskan adunan di atas api yang sederhana sehingga pekat. Kacau dengan menggunakan hand whisker.


5. Bila sudah pekat, angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau hingga rata.

6. Bila agak sejuk, masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam pastry puff tadi.


7. Ayakkan snow powder @ gula aising ke atas cream puff (jika suka). Snow powder tahan lebih lama dipermukaan cream puff berbanding gula aising. Tapi sekiranya tiada, boleh juga gunakan gula aising.

Inilah hasilnya...gebus x? :)
Macam biasa...bagi yang x berapa rajin nak ke dapur tu boleh tempah jer kat saya.
Harga cuma RM25 per box per min 25 pcs (min order 2 box)

3 comments:

  1. Ambil puan. Tapi untuk penghantaran luar shah alam, minimum order rm100 (sebarang produk) dengan caj penghantaran rm15.

    ReplyDelete
  2. Ade no telefon utk.dihubungi

    ReplyDelete