Monday, December 3, 2012

Durian Crepe in Da House!

Durian crepe in da house!

Berita baik buat semua pengemar durian...

Memandangkan sekarang ni tengah fenomena tsunami durian crepe dan ramai sangat yang bertanyakan DapurFyza x buat durian crepe ke...maka terhasillah durian crepe hasil air tangan DapurFyza. Feedback dari customer yang telah mencubanya...alhamdulillah memberangsangkan.

Diperbuat dari 5 jenis tepung dan di adun dengan adunan krim yang sangat istimewa, durian crepe ini pastinya sangat mengasyikkan dan membuai-buai rasa gitu kesedapannya. Yang paling penting...kene sejuk dulu baru makan. Memandangkan ianya tidak boleh bertahan lama meskipun berada di dalam suhu sejuk...lebih kurang 2 hari jer...maka durian crepe ini dihasilkan berdasarkan permintaan dan tempahan. Freshly made untuk anda...hihi.

Durian crepe ini bersaiz lebih kurang 1.5" x 2.5". Harga cuma RM 10 untuk 4 pcs. Kepada yang berminat untuk membuat tempahan, boleh hubungi saya macam biasa yer :)

Amaran keras : anda boleh jadi addicted bila dah start makan DC ini...tidak sesuai utk orang yang tengah berdiet sebab lepas ni kene start program diet anda balik...hahaha...

Gebu, padat dan menggiurkan...
Anda pasti addicted dengannya!

Monday, November 12, 2012

Tempahan Kuih Talam Sepanjang Minggu Lepas

Minggu lepas memang havoc dengan tempahan serimuka durian. Memandangkan kat Shah Alam ni especially kat area rumah saya ni tak banyak gerai menjual durian...maka menggagau jugalah nak mencari durian. Feedback dari customer semuanya sangat memberangsangkan..membuatkan saya rasa semakin bersemangat untuk buat kuih...chewahh.

Macam yang saya pernah cakap...serimuka durian ni memang sedap. Rasa sekali pasti nak lagi...hihi..tu komen kawan-kawan saya. Pada yang nak merasai keenakan kuih tradisional ini...bolehlah cuba ye. Kat bawah ni antara tempahan sepanjang minggu lepas..

P/s : Sapa tahu mana nak cari durian kat area sini? PM sy yer. Tq. :)

Tempahan dari Cik Ema Seksyen 16 Shah Alam ~ Sy dapat je terus makan. Sedap! Lepas ni boleh order lagi.
Talam Serimuka Durian

Tempahan dari Pn. Salmie Bukit Jelutong Shah Alam ~ Alhamdulillah semua abis...ngam2..semua feedback sedap. Insya Allah blh order lagi next time. Tq.
Talam Serimuka Durian & Talam Cendol

Tempahan dari Cik Shafina AU5 Hulu Klang ~ Ok...semua sedap. Tapi semua suka yang durian tu...
Serimuka Pandan, Talam Keladi & Serimuka Durian

Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang menempah ye. Next time jangan lupa tempah lagi :)

Monday, November 5, 2012

Khasiat Makanan Sunnah ~ Cuka Epal (sesuai untuk yg tengah nak turunkan berat badan) :)

Kali ni saya nak berkongsi tentang kelebihan salah satu makanan sunnah iaitu cuka.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda :

"Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada khal, sesunggguhnya khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus khal dalam suatu rumah." (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318).

Khal bermaksud bahan dari buah-buahan seperti kurma, epal dan anggur yang diperam untuk jangkamasa tertentu sebelum bertukar menjadi jus buah, seterusnya yis dan asid asetat sebelum bertukar sepenuhnya menjadi khal iaitu cuka (vinegar).

Kali ini saya nak berkongsi info tentang salah satu cuka iaitu cuka epal @ apple cider vinegar. Cuka epal ini banyak digunakan dalam program penurunan berat badan secara sihat kerana ianya dipercayai dapat membantu menahan lapar dan mengawal nafsu makan.

Pelbagai cara dapat digunakan bagi pengambilan cuka epal ini. Salah satu cara ialah memasukkan sedikit cuka epal ke dalam salad sebagai bahan dressing atau vinegrette bagi menggantikan mayonis atau thousand island. Ianya akan lebih enak sekiranya sald tersebut di tambahkan dengan sedikit madu dan minyak flax.

Selain itu, ianya boleh diminum terus dengan mencampurkannya dengan sedikit madu dan dibancuh dengan air suam lebih kurang 1/2 gelas. Campuran air ini dinamakan sebagai honergar (madu + cuka epal)Sekiranya diamalkan 3 kali sehari sebelum makan (pagi, tengahari dan malam), insya Allah, ianya mampu mengawal selera makan anda!

Cuka epal ini juga berupaya bagi menghilangkan kelesuan badan dalam masa beberapa jam selepas pengambilannya (yang ini memang terbukti sebab saya mengamalkannya). Bagi yang ada masalah kesihatan, anda disarankan untuk mengambil cuka ini sebelum waktu tidur.

Antara kelebihan cuka epal ialah :

1. Meningkatkan daya tahan tubuh;
2. Mencairkan lemak, menurunkan berat badan tanpa bberdiet serta membantu merendahkan kolestrol bahaya (LDL) dalam darah;
3. Melawan batuk, berpeluh malam, insomnia, kahak dan hempedu.;
4. Mengeluarkan kesan negatif ubat-ubatan;
5. Menambah metabolisma di bahagian badan tertentu;
6. Meredakan sengal dan sakit sendi (arthritis);
7. Mengawal stress dan mambantu tidur yang lebih nyenyak.

Itu antara sebahagian kelebihan cuka epal yang mana ianya lebih akan lebih efektif sekiranya diambil bersama madu. Ini adalah kerana madu dapat membantu bagi menambahkan tenaga dan meningkatkan daya ketahanan badan.


Cuka Epal plus Madu
Botol 500ml

Botol 500ml
Harga Pengenalan ~ Cuma RM 25 RM 23 sahaja

Untuk anda yang berhajat bagi mendapatkan cuka epal plus madu (apple vinegar plus honey) ini, boleh hubungi saya di 012-203 8424 (penghantaran disediakan diseluruh negara).

Sunday, October 28, 2012

Kepak Ayam Panggang Madu

Salam ceria di hari minggu!

Hari raya Aidiladha 2 hari lepas memang meriah buat kami sekeluarga. Biarpun hanya beraya di Shah Alam, tetapi memandangkan semua adik beradik dapat berkumpul, jadi memang huru-hara jadinya suasana. Selain dari menu biasa hari raya, sebelah petangnya kami berkumpul untuk buat barbecue pulak. Menu untuk bbq kali ini ~ kepak ayam panggang rempah, kambing panggang rempah, hotdog dan menu special - kepak ayam panggang madu.

Malam sebelumnya saya dah menggodek-godek dalam Google nak cari resepi, tapi tak ada pulak yang memenuhi piawaian mahupun match dengan bahan-bahan yang sediada kat rumah. Memandangkan dah malas nak keluar semula ke kedai untuk cari bahan tambahan, maka terhasillah resepi kat bawah nie. Walaupun sekadar resepi ikut sedap tekak, namun hasilnya marvellous you! Hehehe...bukan saya yang cakap yer, tapi en. hubby yang beria-ria cakap sedap. Kira sedap laa tu kan...:)

Bahan-bahannya :

1 1/2 kg kepak ayam
5 ulas bawang putih
5 cm halia
3 sudu besar sos tiram
3 susu besar kicap masin
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh jus lemon
100ml madu (lebih banyak lebih sedap)
sedikit lada sulah
3 biji asam boi merah

Cara-caranya :

1. Basuh kepak ayam dengan tepung. Bilas dan toskan.
2. Kisar halus bawang putih dan halia. Masukkan ke dalam bekas ayam bersama bahan lain. Gaul sebati.
3. Masukkan asam boi (hehe...ni petua spontan untuk cantikkan warna ayam).
4. Perap semalaman sebelum bakar/ panggang.

Kepak ayam selepas di perap
~ lebih lama masa perap, lagi sedap tau!

Kepak ayam madu ketika dipanggang
~ maaf ye..gambar kelabu sket akibat dari gangguan asap
Close-up sket ~ kasi korang terliur...hehe :p

Tapi malangnya gambar ayam atas pinggan tak sempat nak snap, sebab masing-masing dah tak tahan godaan...haha

Wednesday, October 17, 2012

Kulit Tart (Tart Shell Pastry) Ready Made

Kan ke lebih mudah bila anda nk buat cheese tart yang super sedap dengan kulitnya (tart shell pastry) yang crunchy bila dah ada ready made @ ready-to use tart shell? Anda cuma perlu isi filling ikut kegemaran sendiri...dan juga boleh buat macam-macam jenis tart...chocolate tart, cheese tart, fruit tart...

Ringkas dan menjinatkan masa...!

Cuma RM 30/ box/ 100pcs! Berbaloi-baloi...

Hubungi saya untuk tempahan. Penghantaran boleh diuruskan mengikut kesesuaian masa :)

Kulit Tart
 Ready-to-use

Resepi Muffin Lobak Merah (Carrot Muffin)

Salam buat semua dan kali ni saya nak berkongsi resepi resepi muffin lobak merah atau secara omputihnya Carrot Muffin. Mari kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya :

Bahan-bahannya :

200gram butter
200gram gula aising
5 biji telur
400gram tepung kek -diayak
10gram baking powder- diayak
120gram carrot - diparut
120ml susu UHT
70gram kacang walnut
60 gram kismis
Paper cup - takde stok kat rumah jadi saya gunakan cup untuk cupcake

Caranya :

1. Putar butter dan gula aising hingga kembang dengan kelajuan sederhana.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga sebati (tapi jangan terlalu lama).
3. Masukkan bahan yang telah diayak secara berselang seli dengan susu - kacau dengan perlahan sehingga sebati dengan menggunakan spatula sahaja.
4. Masukkan carrot yang telah diparut sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
5. Masukkan walnut dan kismis . Kacau sebentar sahaja.
6. Masukkan adunan ke dalam acuan kertas kira-kira 3/4 penuh. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak. Suhu bergantung kepada ketuhar - diantara 170-180 darjah.


Carrot Muffin
Dah rupa cupcake kan? hehe..

Optional :
Boleh juga diletakkan topping aising jika mahu. Tapi kalau saya, saya suka gunakan topping cream cheese.

Carta Penukaran Sukatan (Measurement Conversion Charts)



Sukatan bagi bahan cecair

Krim UHT/ Susu Segar/ Minyak Sayuran

1 tsp   = 5g @ 5ml
1 tbsp = 15g @ 15ml
1 cup  = 225g @ 16 tbsp @ 8 oz

Sukatan bagi bahan solid

Mentega / Margerin

1 tsp   = 5g @ 5ml
1 tbsp = 15g @ 15ml
1 cup  = 225g @ 16 tbsp @ 8 oz


Lain-lain Sukatan

Gula Pasir/ Gula Merah
1 cup = 185g

Gula Aising
1 cup = 130g

Tepung
1 cup = 125g

Tepung Jagung
1 tbsp = 13g

Susu Serbuk/ Serbuk Koko/ Coklat Hancur (Crushed Choc)
1 tbsp = 7g

Yis Kering
1 tsp = 3g

Garam/ Serbuk Penaik
1 tsp = 5g

Cream of Tartar
1 tsp = 4g

Selamat Menyukat :)

Thursday, October 11, 2012

Mee Rebus Sempoi

Salam buat semua pembaca yang dikasihi...

Amacam tajuk resepi kali ni? Sempoi tak? Hihi...memandangkan resepi ni terhasil secara spontan ketika dah tak ada idea nak masak apa dan badan pun macam tak larat nak tunggu kat dapur lama-lama...maka terhasillah resepi ni. Walaupun sempoi...tapi tetap sedap dan menyelerakan. Buktinya...anak-anak kat rumah ni bertambah makan sampai 2-3 pinggan :)

Meh kita tinjau resepinya :

Bahan Kisar :

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3cm halia
sedikit lengkuas
segenggam udang geragau (nak masuk udang kering pun boleh)
1 biji buah keras

Caranya :
Kisar semua bahan di atas sehingga halus.

Bahan Kuah :

3-5 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari
300 gram daging - dipotong kecil dan direbus terlebih dahulu hingga lembut (air rebusan dimasukkan semual ke dalam kuah mee)
100 gram udang basah
2 biji ubi kentang - rebus dan kisar (ubi keledek pn boleh tapi saya ada ubi kentang je kat rumah..hihi)
1/2 sudu teh paste asam jawa (saya guna paste asam jawa Adabi)
1 1/2 liter air

Caranya:

1. Tumis semua bahan kisar hingga wangi dan agak garing. Masukkan rempah kari dan cili kisar.
2. Setelah semua bahan agak garing, masukkan air. Masukkan sekali ubi kentang tadi dan asam jawa.
3. Masukkan daging dan udang tadi. Setelah masak, masukkan garam dan bahan perasa secukup rasa.

Haa...mudahkan? Oppsss...tapi jangan lupa bahan untuk mee. Karang ada yang hirup kuah jer :-p. So kat bawah ni bahan untuk mee :

1 bungkus mee - dicelur

Bahan Hiasan :
Telur rebus
Bawang goreng
Daun Sup/ Bawang
Taugeh - dicelur
Sawi - dicelur

Selamat mencuba!!!

Mee Rebus Sempoi
p/s : sila abaikan kondisi pinggan tu yer...hihi 

Friday, September 28, 2012

Brownies Cheese with Chocolate Chips

Salam Jumaat buat semua pembaca budiman. Semoga kita mendapat berkah dan rahmatNya di hari Jumat yang mulia ini...

Memandangkan dah lama sangat tak masuk dapur untuk membaking...kali ni dengan rasa berkobar-kobar masuk dapur dengan niat nak buat kek. Tak kisahlah kek apa janji kek. Hmmm...niat di hati nak buat cheese kek tapi dengan berbekalkan tongkat sakti kat tangan rasanya tak terdaya nak membuatnya...huhu.

Korek punya korek peti besi terjumpa lak dengan resepi brownies cheese yang pernah saya belajar dulu. Komen dari kawan-kawan brownies nie memang sedap sebab ianya moist...tak macam brownies yang jual kat luar yang agak kering texturenya.

Meh kita tengok resepinya...

Bahan A
200g butter
200g cooking chocolate

Bahan B
150g gula castor
5 biji telur
150g tepung gandum - diayak
50g serbuk koko - diayak
150g chocolate chip

Bahan C
250g cream cheese
70g gula castor
20ml whipping cream
10ml air
1 biji telur
1tsp esen vanilla

Cara-caranya
1. Double boilkan bahan A. Ketepikan.
2. Putar semua bahan C hingga gebu. Ketepikan.
3. Putar gula dan telur (bahan B) sebentar dan masukkan tepung dan serbuk koko.
4. Masuk bahan A dan gaul sebati.
5. Ketepikan sedikit adunan ke dalam piping bag untuk hiasan.
6. Masukkan chocolate chips dan gaul sebati.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 30 minit.
8. Masukkan adunan bahan C & paipkan adunan di dalam piping bag untuk hiasan.
9. Kukus lagi selama 15 minit.

Mudah kan? Tapi kalau rasa-rasa vitamin M tu dah melekat kuat ataupun tak ada masa untuk masuk ke dapur...saya sedia menerima tempahan :)

Sekarang, meh kita tengok hasilnya...


Brownies Cheese with Chocolate Chip

Hmmm...gebu tak?? Macam tuannya...hihi

Wednesday, September 26, 2012

Resepi Laksa Utara

Salam buat semua...

Kalau nak diikutkan, banyak resepi yang saya nak updatekan untuk musim raya yang baru berlalu tapi apakan daya...tak ada rezeki. Tapi walaubagaimanapun insya Allah saya akan update satu persatu resepi yang bukan hanya sesuai untuk di buat semasa musim open house tetapi juga di hari-hari biasa (kalau ada kelapangan dan tahap kerajinan yang tinggi...hehe).

Untuk kali ini, saya nak share resepi laksa utara. Utara kat mana...kedah, penang, perlis? Hentam sajalah memandangkan resepi-resepi itu semua memang tidak jauh beza rasanya...bergantung kepada bahan dan tuan tangan yang membuatnya.

Okey...tanpa membuang masa...mari kita tengok bahan-bahannya :

Laksa
Rebus laksa hingga lembut. Sekiranya anda menggunakan laksa yang jenis keras (laksa beras), masa rebusan lebih kurang setengah jam. Pastikan laksa betul-betul lembut (bukan lembik yer) sebelum disejat kerana laksa jenis ini kebiasaannya lenbut bila di picit semasa panas tetapi agak keras bila sudah disejat.

Kuah
Bahan-bahannya :

1kg ikan kembung/ mabong
5 keping asam gelugor/ keping - saiz sederhana
20 biji cili kering
2 labu bawang besar
3cm belacan (lebih kurang sebesar ibu jari)
1 batang bunga kantan - di hiris halus
2 tangkai daun kesum - ambil daun sahaja
1 tin besar sardin - blend hingga hancur (optional)

Cara-caranya :

1. Ikan kembung/ mabong dibersihkan dan direbus sehingga mendidih. Masukkan asam gelugor ketika merebus ikan.
2. Asingkan isi dan tulang ikan. Blend isi ikan terlebih dahulu dan masukkan semula ke dalam periuk tadi (jangan buang air rebusan tadi - boleh digunakan semasa mengisar isi ikan tapi jangan kisar asam gelugor sekali pulak ye :))
3. Kisar tulang ikan hingga hancur dan tapis airnya ke dalam periuk tadi. Tapi kalau tak confident takut tulang ikan termasuk sekali boleh tapis masuk ke bekas lain dahulu sebelum masuk ke dalam periuk.
4. Kisar hingga halus bahan-bahan bertulisan pink kat atas yer. Lepas tu boleh masukkan sekali ke dalam periuk bersama-sama dengan bunga kantan dan daun kesum.
5. Rebuskan kuah hingga mendidih dengan api yang sederhana. Masukkan sardin yang telah dikisar tadi untuk memekatkan kuah (sekiranya mahu)Masukkan garam dan perasa secukup rasa. Asam keping boleh ditambah sekiranya kurang masam tapi jangan terlalu banyak kerana ianya mengambil masa untuk kembang dan akan semakin masam.

Petua :
Kuah laksa akan menjadi lebih sedap sekiranya lebih lama didihkan/ dipanaskan. Kebiasaannya untuk makan keesokannya, saya akan menyediakan kuah laksa pada waktu malam dan panaskan kuah tersebut keesokannya. Ianya juga lebih memudahkan kerjja kerana keesokannya hanya perlu merebus laksa dan menyediakan bahan hiasan.

Hiasan
Telur rebus
Daun selom - dimayang halus
Timun - dimayang halus
Bawang besar - dihiris nipis
Ulam raja - dimayang halus
Cili merah/ cili padi - dihiris halus
Limau nipis/ kasturi - di belah dan di buang biji

Bahan hiasan di atas biasanya ditabur atas laksa selepas dituang kuah untuk menjadikannya lebih menarik. Tapi boleh jer kalau nak letak bahan hiasan dulu baru kuah - at last masuk perut jugak...hehe.

Selamat mencuba dan menjamu selera!!!!

Laksa Utara
(ini jer yang sempat di snap sebab masing-masing dah tak sabar nak makan)


Kembali Beroperasi


Salam buat semua pembaca dan pelanggan yang dihormati....

Untuk makluman, Dapur Fyza akan kembali beroperasi seperti biasa setelah terpaksa menghentikan operasi buat seketika kerana keadaan kesihatan yang sangat tidak mengizinkan. Untuk pembaca yang nak tahu - sebenarnya saya telah dimasukkan ke hospital akibat daripada jatuh tangga beberapa minggu yang lepas dan akibatnya sakit belakang saya telah menjadi semakin teruk (saya sebelum ini memang telah disahkan mengalami slipped disc). Akhirnya selepas diberi beberapa pilihan oleh doktor, saya telah memilih untuk menjalani prosedur secara laser atau RFA (untuk maklumat lanjut boleh google yer...hehe).

Buat masa sekarang...memang belum pulih sepenuhnya dan masih bergantung kepada tongkat (merasa juga berkaki empat...hahaha) tapi walaubagaimanapun, untuk tidak menghampakan para pelanggan dan pembaca Dapur Fyza, semua tempahan akan dibuka seperti biasa bermula minggu ini.

Kepada pelanggan yang terpaksa saya tolak tempahan kebelakangan ini...maafkan saya kerana tidak dapat menerima tempahan anda semua dan diharapkan anda tidak serik untuk berurusan dengan Dapur Fyza lagi pada masa akan datang.

Tanpa sokongan anda semua kami tidak akan berada di mana kami berada sekarang...terima kasih :)


Tuesday, August 28, 2012

Promosi Cheese Tart Bulan Syawal

Salam Lebaran buat semua pembaca yang dikasihi...

Sempena musim raya dan open house yang masih berbaki ini, kami ingin menawarkan promosi untuk cheese tart seperti berikut :

1 box ~ RM 40 RM 38 sahaja!!
2 box ~ RM 76 RM 70 RM 68 sahaja!!!

Promosi bermula dari 31/8/2012 - 9/9/2012. Cepat...jangan lepaskan peluang untuk merasai keenakan cheese tart keluaran kami. Hubungi kami sekarang untuk tempahan.

Cheese Tart dalam pelbagai perisa

Monday, July 30, 2012

Last Call !!! Biskut & Kek Raya

Salam ramadhan buat semua...

Agak lama rasanya saya tidak mengupdate blog ni disebabkan oleh kesuntukan masa. Namun begitu, tempahan kek dan biskut raya masih berjalan seperti biasa hingga akhir minggu kedua ramadhan ini. Bagi yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan tester tahun nie, anda bolehlah menjamu mata dengan sample-sample biskut dan kek seperti di bawah...

Almond London
RM 20/ 50 pcs

Butter Choc Chips
RM 20/ 50pcs

Muruku (Container - 400g +/-)
RM 15/ container

Muruku

Tart Nenas Gulung
RM 20/ 50 pcs

Cheese Tart (Blueberry/ Srawberry/ Kiwi/ Lemon)
RM 40/ box/ 50 pcs

Cheese Cake Mini
RM 16.00

Choc Moist Cake
1/2 kg @ RM 13.00
1 kg @ RM 28.00

Tempahan masih dibuka hingga hujung minggu ini. Jadi bagi yang ingin  membuat tempahan...sila hubungi saya melalui telefon, sms atau email ya. Selamat berbuka...

Wednesday, July 11, 2012

Tart Press Machine@ Tart Shell Machine @ Mesin Kulit Tart Part 2

Salam buat semua pembaca...

Memandangkan sambutan hangat yang saya terima dari entri berkaitan mesin tart tempohari, saya telah berusaha mendapatkan supplier bagi mesin kulit tart ini. Dan alhamdulillah...berjaya juga akhirnya. Untuk makluman, harga mesin kulit tart @ tart press machine @ tart mould machine ni adalah RM 1,000 seunit...untuk 4 acuan bagi setiap pressing. Sangat sesuai bagi kulit tart bersaiz mini @ 4.5cm

Untuk yang berminat, sila pm saya untuk pre-order sebelum 14hb ini...insya Allah barang akan sampai sekitar 20hb Julai. Masih sempat lagi kalau nak terima tempahan raya coz mesin ni akan lebih memudahkan kerja anda. Oh ya...penghantaran boleh dibuat disekitar Lembah Klang.


Wednesday, July 4, 2012

Kurma Gift Packaging

As salam buat semua pembaca yang budiman,

Lanjutan daripada maklumbalas pelanggan-pelanggan saya berkaitan entri Kurma Corporate Gift tempohari, di sini saya uploadkan lagi tambahan contoh-contoh packaging yang kami sediakan. Saya sengaja tidak meletakkan harga bagi setiap packaging kerana setiap packaging adalah berbeza berdasarkan kepada jenis packaging dan jenis serta berat kurma yang dikehendaki.

Walaubagaimanapun, kami akan memberikan sebutharga bermula dari budget packaging sehinggalah kepada VIP packaging. Untuk makluman, harga bermula dari serendah RM 10 ke atas. Tambahan harga akan dikenakan bagi setiap hiasan tambahan seperti reben dan lain-lain.

Kepada yang berminat, sila hubungi saya untuk sebutharga dan maklumat lanjut.


Bahan : Kayu
Saiz : 11.5” x 8.5” x  1.5”
Warna : Silver/ Gold
Kuantiti Maksima/ kotak : 1 kg

Bahan : Kayu
Saiz : 8” x 8” x  1.2”
Warna : Bright Yellow
Kuantiti Maksima/ kotak : 500g

Bahan : Kayu
Saiz : 7” x 4.5” x 3”
Warna : Silver/ Gold
Kuantiti Maksima/ kotak : 750g - 1kg

Bahan : Kayu
Warna : Gold
Kuantiti Maksima/ kotak : 500g

Bahan : Plastik
Warna : Putih
Kuantiti Maksima/ kotak : 250g

Sample packaging yang lain akan saya uploadkan dalam masa terdekat ini. Insya Allah.

Tuesday, June 26, 2012

Dates/ Kurma Corporate Gift

Salam buat semua pembaca yang dikasihi...

Sempena kedatangan ramadan al-mubarak tidak beberapa lama lagi, DapurFyza telah menyediakan beberapa jenis pembungkusan/ packaging untuk kurma yang amat bersesuaian untuk Corporate Gift. Berikut adalah beberapa contoh packaging yang disediakan oleh kami :


Bahan : Dawai / Plastik
Saiz : 9.5” x 5.5” x 2”
Warna : Putih
Kuantiti  Maksima/ kotak : 1 kg

Bahan : Mengkuang/ Jerami
Saiz : 7.5” x 5” x 3”
Warna : Coklat Muda/ Krim
Kuantiti Maksima/ kotak : 1 kg




Bahan : Kayu
Saiz : 8” x 3.5” x 2.5”
Warna : Putih
Kuantiti Maksima/ kotak : 750g


Bahan : Kayu
Saiz : 7” x 4” x  3”
Warna : Putih
Kuantiti Maksima/ kotak : 750g


Bahan : Kayu
Saiz : 10.5” x 6” x  1.5”
Warna : Perak/ Coklat
Kuantiti Maksima/ kotak : 750g



Bahan : Kertas (Keras)
Saiz : 7” x 5.5” x 4”
Warna : Coklat
Kuantiti Maksima/ kotak : 1 kg


Gambar di atas hanyalah sebahagian dari packaging yang disediakan. Jenis packaging dan bentuk adalah bergantung kepada request. Pelbagai pilihan kurma turut disediakan, antaranya : Ajwa, Medjool, Anbara dan Safiya.

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut dan sebutharga.


Resepi Kebab Roti Pita

As salam dan salam ceria utk semua...

Minggu lepas ketika membeli belah barangan dapur, saya ternampak bungkusan roti pita di celahan rak-rak roti. Terbayangkan kebab yang kat pasar malam tu tapi mengenangkan pasar malam kat area umah saya baru lepas hari yang sebelumnya, maka datanglah idea nak buat kebab sendiri. Ni dia roti pita yang saya maksudkan...

Roti Pita Gandum
Roti tu saya belah dua dan bakar sekejap atas kuali leper. So macam ni lah rupanya roti yang dah dibakar...

Rupa roti pita selepas di bakar 

Lepas tu, saya siapkan pula intinya. Ni resepi yang saya guna :

Bahan inti :
1 ulas bawang merah (dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
3 keping daging burger (dicincang - saya guna ayam)
250g daging ayam cincang
sedikit rempah kari
sedikit garam
sedikit serbuk perasa
sedikit lada sulah

Bahan sayur :
setengah batang timun - disagat
setengah batang lobak merah - disagat
Caranya :
1. Tumis bawang putih + merah hingga agak garing. Masukkan sedikit rempah kari.
2. Setelah naik bau, masukkan daging cincang bersama daging burger yang telah dicincang tadi.
3. Masukkan garam, serbuk perasa dan lada sulah. Goreng sehingga daging masak.
4. Campurkan dengan sayur-sayuran tadi.

Inilah rupanya inti yang telah digaulkan dengan sayur-sayuran tadi...


Setelah itu, bolehlah inti tadi disumbat ke dalam roti tadi. Sebelum masukkan inti, lapiskan dengan sos cili dan mayonis dan ulang semula selepas inti dimasukkan.

Inilah hasilnya. Selamat mencuba!

Friday, May 18, 2012

Tawaran Pengambilan Agen/ Pengedar

Salam...

Berita baik buat anda yang ingin menambahkan pendapatan atau sedang mencari pendapatan sampingan. Kami kini kembali membuka peluang kepada individu yang berminat untuk menjadi agen/ pengedar bagi mengedarkan kek-kek mini keluaran kami.

Tawaran terbuka kepada semua yang berminat terutama sekali kepada para pelajar IPT, surirumah mahupun kakitangan sepenuh masa. Tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan buat masa ini, hanya dengan bermodalkan serendah RM 50 anda dapat memulakan perniagaan sendiri dengan kadar keuntungan sehingga lebih 50% (tertakluk kepada terma dan syarat).

Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut dan pendaftaran agen.

Antara kek mini keluaran kami...

Mini Chocolate Moist

Mini Carrot Cheese

Mini Brownies Cheese with Chocolate Chips
Insya Allah, aneka kek yang lain akan sya update di entry akan datang.

Salam Jumaat...:)

Wednesday, May 2, 2012

Mengidam Luar Musim...haha

Salam semua,

Kalau nak diikutkan, saya bukanlah peminat tegar durian walaupun memang suka makan durian. Nak makan, tapi banyak songeh *pengakuanberanimati*...kena durian fresh laa, xmo masuk dlm tupperware laa, x makan durian dlm fridge laa, x suka durian yg dah jadi masakan laa...macam-macam lagi laa ;)

Tapi sejak 2-3 minggu lepas dok ngidam nak makan serimuka durian (ngidam? ohh tidakkkk) sampaikan dah pusing 1 Shah Alam tapi tak jumpa-jumpa durian...sebab luar musim. Padan laa muka kan? Selalu eksen sangat...huhu. Nak dijadikan cerita...semalam masa pusing-pusing kat luar Giant ternampak plak ada jual durian kat pintu masuk tu. Cadangnya nak beli siap-siap tapi memandangkan ada urusan lain dan tak sanggup ruangan kereta tu dipenuhi dengan wangian durian...terpaksa laa dipendamkan dulu hasrat tu.

Malamnya tanpa berlengah-lengah (sebab kepala dah sepanjang hari dok memikirkan nak beli durian) terus ajak Mr Hubby gi beli. Elok sampai jer gerai tu dah hampir nak tutup sebab durian dah nak habis. Alhamdulillah...sempat jugak beli walaupun x banyak pilihan. Dan hasilnya....


Inilah dia Serimuka Durian yang diidam-idamkan :)

Memandangkan saiz satu loyang tu agak besar...leh dapat 64 biji...maka esoknya kuih serimuka ni jadi rezeki kawan-kawan pejabat. Respon kawan-kawan membuatkan saya rasa kembang semangkuk arini...marbeles!